Salam

Monday, February 28, 2011

secebis memori untuk dikenang..




Mencipta memori indah bersama..



sekitar pemandangan di jeti baru pd waktu petang..



waktu senja mula menampakkan dirinya..lampu-lampu mula menyala..
Melintasi di bawah jambatan Sultan Abdul Samad...


Pemandangan Taman Tamadun Islam dari jauh..



Sudah penat berlayar..tibalah masa untuk pulang ye...




Bot yang dinaiki...






pemandangan di waktu malam...






Cantik juga jambatan nie..dihiasi cahaya berwarna warni...boleh bertukar-tukar warna tau..


Monday, February 21, 2011

Berkorban apa saja.....

Assalammualaikum..


Terngiang-ngiang lagu allahyarham tan sri P Ramli di cuping telinga nie..sedih..bila disingkap makna di sebalik yang tersirat itu...


rasenye lama benar tak menulis dlm blog nie..lame memendam pelbagai idea yang terkubur dlm benak hati selama ini.




Sekembali dari Terengganu, buat hati rase "fresh" kembali..=) alhamdulillah "kita" di pertemukan kembali. sebulan tidak berjumpa amat meresahkan diri ini.



Hari pertama di sana.. pergi belayar di "sungai" Terengganu...melihat pulau-pulau di sekitarnya amat memukau pandangan mata insan. Malam hari, taman tamadun Islam bergemerlapan dengan cahaya warna warni di sana sini. Tp sayang, masjid kristal yg ingin di lihat sekian kalinya telah memalapkan dirinya terlebih dulu.."mungkin di sebabkan nak berjimat elektrik agaknya"=) hehe... bot itu terus belayar melintasi jambatan panjang itu..jambatan Sultan Mahmud menarik perhatian..cahaya lampu di sepanjangnya bagaikan jalur tali yang berikatan antara satu sama lain..amat cantik.




Tiba di pertengahan sungai terlihat satu cahaya dr jauh dr atas bukit.."ALLAH SELAMATKAN TERENGGANU" bergemerlapan menampakkan dirinya...hebat..moga bumi ini sentiasa di lindungi Allah selalu..bersama makhluk-makhluk yang selalu mengharapkan redha Nya.



Tiba-tiba rase nak loya..bila mata terpandang buih-buih laut tika enjin bot laju belayar merentasi sungai.. "jgn pandang bawah tu,..mabuk nanti"..cik abg beri amaran nampaknya.Aku terus berpaut di pinggangnya..hati berbisik riang..=)



Teringat sehelai tudung purple pemberiannya... "ambil lah, nie untuk yana".."ade kwn abg jual kat hospital..lame dh abg simpan, baru nak beri ni"..aku cuma tersenyum lebar.. thanks dear.



Pagi tu terus aku pakai..sbb mak mertua ajak aku jalan-jalan round kampng .. sbb nak mencari roti lipat pesanan dr kawan seofis aku...roti tak dapat,sbb stock dh abis.. tapi pengalaman berbasikal bersama mak mertua terasa amat berharga..ternampak pak mertua tengah menebas rumput di hujung bukit tu, utk lembu2 nya katanya.."ape saja dua beranak nie buat" mungkin itu juga getus hatinya sambil tersenyum melihat kami dr jauh...




Di sini tak sama macam di KL..suasana kampung amat mendamaikan hati yang nak mencari ketenangan..terdengar bunyi kokokan ayam bersambutan..bunyi burung berkicau merdu..dan kadang kala bunyi mak yang ligat mengejutkan adik ipar ku yang sorang tu..=) waktu pagi,makan nasi dagang,nasi minyak, tak ketinggalan jg keropok lekor yg jd makanan tradisi di negeri ini.. kt KL, mkn roti dan jem je..tak pn pekena roti canai di kedai "imkeda" tu...he



Hari terakhir di sini.. bermaksud "kita" akan terpisah buat sekian kalinya..entah kali keberapa kehidupan seperti ini akan berterusan..hanya DIA yang Maha Mengetahui.. tapi itulah realiti nya..jika kita sayang kepada seseorang itu.. apa sahaja akan dikorbankan.. baik jarak dan juga masa.. tapi adakah ianya cukup memberi erti makna sayang buat kedua-dua insan ini?tepuk dada tanya hati...


Berkorban apa saje..harta ataupun nyawa..itulah kasih mesra...sejati dan mulia.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...