Assalammualaikum..
Salam pembuka bicara pd entry kali ini..
Entah rasa apa di kala pagi ini..hatiku resah tidak menentu… seakan terlampau kecewa dengan apa yang berlaku..terlampau merana dgn apa yg terjadi..haruskah aku berkata BENCI!!!
Tika mulut mahu melontarkan kata-kata itu, tiba-tiba hati ku berkata..JANGAN!!
Sebutir mutiara keluar dr mata ku seakan-akan tak mampu membendung sedih di hati lantaran kecewa membungkam menyelinap di segenap jiwa raga..tapi adanya CINTA membuatkan ku redha dgn ketentuan Mu tuhan..
Salah aku kah TUHAN..Salah kah aku meraih sedikit simpati darimu…membangkitkan diri menjadi seorang yang TABAH.. dari selalu menangis tersedu-sedan tanpa hala tuju...??
Aku mula beristighfar Tuhan.. banyaknya kifarah yg Kau berikan..betapa banyaknya dosa-dosa ku Tuhan.. kau jadikan ujian ini, untuk mengajar aku rasa SABAR itu..adanya rasa TABAH itu…dan adanya rasa BERTUHAN itu..
Terima kasih ya Allah…