Salam

Sunday, March 31, 2013

Demi Zuriat...


Assalammualaikum....

syukur dengan kuasaMu Tuhan..aku masih diiberikan kesempatan hidup di dunia Mu ini...merasai segala nikmat rezeki Mu yang tidak terhitung banyaknya... lama juga aku menyepi.. menelaah segala ujian yg mendatang..bermenung dan berfikir hikmah di sebaliknya...

Satu demi satu Kau tunjukkan pd ku ya Allah.. sesungguhnya tiada yang mampu menandingi kuasa Mu Tuhan..sebenarnya banyak sangat cerita yang tersimpan dlm benak ku..tapi aku tak tahu nak mulakan dr mana...............

aku  tidak begitu rapat dgn dia, cuma kadang2 kalau bertembung di kolej..hanya lemparan seyuman yg aku berikan..yg aku tahu dia adalah junior aku semasa di zaman kampus dulu. seorang yang pendiam..tp dpt aku rasakan seakan menyimpan suatu rahsia besar dr air mukanya..

aku dikabarkan dia dimasukkan ke wad ICU...tapi aku tidak tahu atas sebab apa..sehinggalah kawan sepejabatku menceritakan keadaan yang sebenarnya dari mula hingga akhir.usia perkahwinanya telah menjangkau 3 thn..tapi ,masih belum dikurniakan cahaya mata...

pengorbanan seorang isteri demi menimang cahaya mata yang didambakan.. dan demi mendapatkan zuriat itulah dia nekad untuk mebuang cyst yang tersumbat di rahimnya...dari situlah ujian bermula..... atas kesilapan doktor, usus tertusuk semasa doktor cuba  mengikis lemak di bagian perutnya...kesan dari itu dia telah dimasukkan kedalam wad ICU.berminggu-minggu dia disitu mengharungi saat-saat kritikalnya...penderitaannya bukan setakat disitu saja..aku dikhabarkan ususnya terpaksa dikeluarkan sementara waktu akibat dari komplikasi dalaman yang tak mampu aku terangkan bagaimana bentukya... ya Allah begitu berat ujiannya...yang hanya aku mampu buat adalah berdoa ..dan terus berdoa di atas segala kesulitan yg di alaminya...hanya Tuhan saja yang tahu perasaanku tika itu..

sehinggalah pada pagi jumaat yang hening itu..tika ku asyik dilagukan dengan bunyi burung berkicauan merdu diluar..tiba-tiba mesejku berbunyi.. ku buka...dan hanya Allah sahaja tahu sedihnya perasaan ku ..air mataku mengalir laju..." kak, dia sudah tiada"....dia pergi untuk selamanya...demi zuriat dia sanggup berkorban diri...betapa sucinya hatimu...hanya Allah sahaja dapat membalas segala pengorbananmu itu sahabatku....semoga kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..al Fatihah untuk sahabatku ...

# aku dapat rasa apa yang di rasakan arwah..jerit perih berusaha untuk zuriat yang didambakan...tekanan demi tekanan yang menjelma..tapi sedarlah ia takkan mampu mematahkan semangat kami untuk memperolehi zuriat sepertimana pasangan lain... kabulkanlah ya Allah..jadikanlah aku tabah dan sabar dengan ujian Mu ini...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...