Salam

Sunday, March 23, 2014

Berlibur di Mesra Mall Kerteh


Assalammualaikum..entry throwback..hihi

Rabu 19/3/2014

Suamiku telah ambil cuti untuk spent time with his beloved wife..alhamdulillah =).. kali ni dia ajak aku untuk berlibur di Mesra Mall Kerteh.. jauh jugak perjalanan ke sana.. lebih kurang 3 jam dari Kuala Terengganu..

Bertolak dari pukul 9.30am after breakfast siap2 makan di luar, terus rushing ke sana.. lebih kurang pukul 12.00am kami  sampai di Mesra Mall, tu lalu jalan pantai tu. sebenarnya tujuan utamanya nak nonton wayang..tapi memandangkan tajuk paling best pada pukul 2.30pm, jadi waktu yang ada tu kami round 1 mall! hubby ajak masuk shop sembonia..masukla cam biasa...tetiba dia berkenan dgn 1 beg ni.. dengan tak dirancang dia beli tuk aku beg tu..fuhh terperanjat la diriku  ini.. tak penah2 ada beg "semahee" ni..walau aku cuba tolak tak nak..dia nak juga belikan..ape2 pun terima la..dh ada org nak kasi kan...=p,tima kaci abg. katanya sesuai untuk dinner nanti..aku cuma menganggukkan kepala sambil tersenyum...hee

Sejurus selepas itu perut telah mula berkeroncong kasih sayang..minta diisi.. hubby ajak masuk restaurant Nandos..katanya lama tak makan Nandos ni, sebab kali terakhir pada zaman kolej katanya..aku ni pula langsung tak penah masuk..!haha.. kami pesan menu berbeza, tapi yang paling pentingnya ada ayam panggang dlm plate tu..aku amik mild sos, manakala hubby ambil hot sos.. rasenya sungguh superb! terbaik!

rambang mata nak pilih mana!



finally, lets fuel our tank!



Selepas makan, waktu zohor telah masuk..kami solat di surau yang terletak bersebelahan dengan gelanggang badminton di sport hall. Suraunya pun selesa,bersih dan kemas. selesai bersolat, kami terus ke pawagam yang hanya beberapa tapak dari surau.

Jam menunjukkan pukul 2.35pm..hubby beli caramel pop corn.. kami terus berjalan ke pawagam yg dimaksudkan. cerita yang kami pilih adalah filem NON-STOP. kami pilih cerita ni sebab seakan ada kaitan dengan pesawat malaysia yang hilang tu. Non-Stop berkaitan situasi di dalam kapal terbang yang  seakan di 'hijack'..tapi bukan.. sebenarnya kerana dendam kesumat dr seorg penumpang pesawat itu terhadap seorang anggota polis 'air security  force'.banyak adengan suspen yang berlaku dalam pesawat tersebut...hinggakan aku terpaksa memejamkan mata tika kejadian bunuh membunuh berlaku..sejurus memang aku teringat akan pesawat kita yang masih hilang sehingga kini..Di manakah kamu MH370... Ya Allah tunjukkanlah jalannya sehngga pesawat ini berjaya ditemui dalam ape jua keadaan sekali pun.

lebih kurang 2jam  lebih cerita telah tamat..dengan rasa sebak aku melangkah keluar..cerita dalam keadaan happy ending walau ade beberapa nyawa telah terkorban dan biasanya ada seorang hero menjadi penyelamat..pesawat landing di atas permukaan darat dengan keadaan selamat, walau ada bom yang telah diletupkan tadi di ekor pesawat...Allah..tapi bagaimana keadaan MH370 hingga kini..hanya Allah yang mengetahui keadaannya..doaku moga segalanya terjwab dalam beberapa detik masa yang kita semua tidak ketahui...


Non-Stop.. non stop to watch again!



Selepas itu, kami cepat-cepat berangkat ke kuala terengganu..sebab tak mahu hingga bertemu waktu malam..alhamdulillah kami sampai dirumah pada pukul 6.30pm..ok masa untuk berehat selepas sehari suntuk berjalan-jalan di kerteh.. thanks abang for the special day..luve u till jannah....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...