Salam

Sunday, October 9, 2011

Pagi Isnin Yang Mendamaikan...






Assalammualaikum...






Selamat pagi isnin buat diari ku..lame sudah tak menjengah dirimu ini...




Pagi ini masuk kerja pukul 9pagi..rutin kerja harian seperti biasa... Rasa damai di hati pada pagi ini.. entah kenapa ya...



Ya rupanya ada khabaran gembira dari teman-temanku di sini...TAHNIAH!! tahniah di ucapkan pada mereka yang menerima khabaran gembira ini.. aku turut tersenyum gembira..alangkah damai merasa nikmat kurniaan Mu itu... dan aku tetap menanti cahaya kebahagiaan itu..menanti dan terus menanti...moga ada sinar cerah menanti ku di sana...InsyaAllah...






Wednesday, September 21, 2011

Tika Hati Mula Berbisik..




Assalammualaikum..



Salam pembuka bicara pd entry kali ini..
Entah rasa apa di kala pagi ini..hatiku resah tidak menentu… seakan terlampau kecewa dengan apa yang berlaku..terlampau merana dgn apa yg terjadi..haruskah aku berkata BENCI!!!
Tika mulut mahu melontarkan kata-kata itu, tiba-tiba hati ku berkata..JANGAN!!
Sebutir mutiara keluar dr mata ku seakan-akan tak mampu membendung sedih di hati lantaran kecewa membungkam menyelinap di segenap jiwa raga..tapi adanya CINTA membuatkan ku redha dgn ketentuan Mu tuhan..
Salah aku kah TUHAN..Salah kah aku meraih sedikit simpati darimu…membangkitkan diri menjadi seorang yang TABAH.. dari selalu menangis tersedu-sedan tanpa hala tuju...??
Aku mula beristighfar Tuhan.. banyaknya kifarah yg Kau berikan..betapa banyaknya dosa-dosa ku Tuhan.. kau jadikan ujian ini, untuk mengajar aku rasa SABAR itu..adanya rasa TABAH itu…dan adanya rasa BERTUHAN itu..

Terima kasih ya Allah…

Friday, July 22, 2011

MaKe Me StRoNg....






~ MAKE ME STRONG ~




I know i'am waiting...
Waiting for something..
Something to happen to me.
But this waiting comes with Trials and challenges....
Nothing in life is free...
I wish that somehow You’d tell me out aloud..
That on that day I’ll be ok..
But we’ll never know cause..
That’s not the way it works...
Help me find my way..
My Lord show me right from wrong...
Give me light make me strong..
I know the road is long..
Make me strong Sometimes it just gets too much..
I feel that I’ve lost touch...
I know the road is long Make me strong...
I know I’m waiting...
Yearning for something...
Something known only to me .
This waiting comes with Trials and challenges ..
Life is one mystery I wish that somehow You’d tell me out aloud ...
That on that day you’ll forgive me....
But we’ll never know cause ...
That’s not the way it works ..
I beg for your mercy....
My Lord show me right from wrong..
Give me light make me strong...
I know the road is long....
Make me strong....
Sometimes it just gets too much...
I feel that I’ve lost touch...
I know the road is long...
Make me strong....


By : Sami Yusof



kadang-kadang kita tidak kuat untuk menerima ujian yang datang...cuma dengan meminta dan merayu dari Nya..segala masalah pasti terungkai dengan penuh sempurna...wahai jiwa tabahlah!!

Tuesday, June 28, 2011

student....oh...student



alammualaikum..





Sudah lama juga tak meng'update' blog ini...sibuk dalam kerjaya yang meruntun usaha dan tenaga..




Tapi berapa la sangat usaha yang telah ku buat..mane tidaknya..bila free time,free la tersangat..tapi bila dah datang 'a big island of workss'...oh, tengok la ketidak 'balance 'an hidup ini...


Sudah 4 minggu kerja berjalan seperti biasa..belajar dan mengajar student-student yang baru nak melihat dunia ini...


A: Sem 8 nie senang nak handle jerk..sebab dah besar panjang..


B: Tapi hati-hati dengan sem 8 nie..kadang2 sebab dah besar panjang la buat-buat perangai..dah pandai pijak kepala!!!


macam-macam yang ditafsirkan untuk student sem 8 ini.Masa ini la kita nampak tahap kematangan diaorang. cara pemikiran dan cara percakapan menentukan tahap matang itu..pendapat aku jer tuu......


Aku : What you're doing xxxx? copy cat from others ke?? where ur own notes ha!!


(dalam hati..berani sungguh mempermainkan sifu didepan matamu, rasa nak tenyeh2 je muka dia)


student A : emm...emm (sambil terkebil-kebil mata, dah kantoi!!) saya tak photostat lagi note madam..


Aku : awak ingat nie tempat ape?nak belajar, buat cara belajar..dah masuk minggu ke 4, nota masih tak photostat..apa nak jadi dengan awak nie...


student A: tak sempat madam...dah lama nak photostat tapi..tak ingat-ingat..


Aku : ya Allah..(dalam hati "sempat pula awak make up tebal-tebal, pakai maskara, berlipstik merah menyala..itu awak ingat!!)


Entah la..aku pun tak tahu apa nak jadi dengan student sekarang ini..niat kita untuk mengajar dan menolong diaorang berjaya dalam hidup..tapi langsung tidak di hargai...agaknya adakah diaorang masih ingat mak ayah di desa ?tinggalan harapan mak ayah yang mengharapkan kejayaan anakanda di kejauhan...


Teringat pertama kali menjejakkan kaki untuk sesi interview kolej xxxx ...dari kejauhan terpandang susuk-susuk tubuh putih beruniform..rase gerun di hati kecilku..nampak suci dan nerd je student2 nie..tetiba terpandang student2 baru bersama mak ayah mereka..di kiri dan kanan sedang mengendong beg-beg berat milik anak masing-masing....ada yang memeluk dan menangis semasa hendak meninggalkan anak-anak harapan ini...agaknya apa la amanat yang ditinggalkan untuk anak-anak harapan ini...


Harapan hanya tinggal harapan..agaknya perlukah kami mengingatkan student yang lama terlena ini? tapi sampai bila hendakku mengingatkan mu wahai anak-anak harapan...tiadakah secebis ingatan dalam hati mu tentang cita dan harapan .......


Tepuk dada, tanya IMAN....

Monday, June 6, 2011

Sejambak Bunga itu...












"Hepi first anniversary untuk yana isteriku..nie ade hadiah ...( 0_,0)"



tak terkata-kata diri ini..sejambak kuntum bunga ros putih dan pink tu amat-amat men'cairkan' hati wanita ku ini..terima kasih abang..terkedu saat itu..bunga itu bertukar tangan..hati berbunga riang...





Alhamdulillah sudah setahun perkahwinan kita..bernikah 5hb6 2010..dan bermajlis 6hb6 2010..Syukur kehadrat Ilahi dengan anugerah terbesar ini...semoga perasaan sayang ini kekal hingga ke syurga Mu..




"harap dapat raikannya pada tahun depan" katanya sewaktu aku dlm perjalanan pulang ke KL.."dan semoga meraikannya bertiga pula nanti" sambung ku.."ye mudah-mudahan"...( ^ _ ^,)























.......end......








Monday, May 9, 2011

Kau Yang Jauh....




Kau Yang Jauh

Jarak pandang yg terhalang oleh gunung dan lautan
Namun mata ku senantiasa terpandang ...karena kau ada dalam ingatan..
Aku tak pernah memikirkan kau wujud di hadapan karena cinta mu
Dalam ingatan,kasih mu dalam genggaman,hangatmu dalam pelukan
Setiap detik kau tak pernah kulupakan..karena kau selalu dalam do aku...
Kau selalu dalm bibir ku.kau selalu dalam hatiku
..

Kau yang jauh dari pandangan ....
Rindu ku menusuk kalbuku..setiap..ku dengar sayup panggilan mu
Seakan memanggil nama ku..
Kadang aku igin terbang menghampiri mu.. tapi daya ku tak sampai..
Kau yang jauh dari pandangan...

"Kata-Kata Indah Para
Pujangga"

Sunday, March 6, 2011

Bukan Selamanya milik kita...




Bukan selamanya milik kita...


kita selalu merasa ingin memiliki sesuatu. Apabila kita memilikinya, kita selalu ingin agar ia tidak luput daripada kita.Kita selalu lupa bahawa ia adalah pinjaman yang pasti di ambil kembali.


Hai jiwa yang sering tidak puas dengan apa yang ada, dan sentiasa mengejar sesuatu yang bukan milik kita, sedarlah bahawa Dia adalah pemilik hakiki segala yang ada di langit dan di bumi. Apabila engkau meminta, mintalah kepada Dia. Apabila engkau ingin memberi, berilah kerana Dia.



Monday, February 28, 2011

secebis memori untuk dikenang..




Mencipta memori indah bersama..



sekitar pemandangan di jeti baru pd waktu petang..



waktu senja mula menampakkan dirinya..lampu-lampu mula menyala..
Melintasi di bawah jambatan Sultan Abdul Samad...


Pemandangan Taman Tamadun Islam dari jauh..



Sudah penat berlayar..tibalah masa untuk pulang ye...




Bot yang dinaiki...






pemandangan di waktu malam...






Cantik juga jambatan nie..dihiasi cahaya berwarna warni...boleh bertukar-tukar warna tau..


Monday, February 21, 2011

Berkorban apa saja.....

Assalammualaikum..


Terngiang-ngiang lagu allahyarham tan sri P Ramli di cuping telinga nie..sedih..bila disingkap makna di sebalik yang tersirat itu...


rasenye lama benar tak menulis dlm blog nie..lame memendam pelbagai idea yang terkubur dlm benak hati selama ini.




Sekembali dari Terengganu, buat hati rase "fresh" kembali..=) alhamdulillah "kita" di pertemukan kembali. sebulan tidak berjumpa amat meresahkan diri ini.



Hari pertama di sana.. pergi belayar di "sungai" Terengganu...melihat pulau-pulau di sekitarnya amat memukau pandangan mata insan. Malam hari, taman tamadun Islam bergemerlapan dengan cahaya warna warni di sana sini. Tp sayang, masjid kristal yg ingin di lihat sekian kalinya telah memalapkan dirinya terlebih dulu.."mungkin di sebabkan nak berjimat elektrik agaknya"=) hehe... bot itu terus belayar melintasi jambatan panjang itu..jambatan Sultan Mahmud menarik perhatian..cahaya lampu di sepanjangnya bagaikan jalur tali yang berikatan antara satu sama lain..amat cantik.




Tiba di pertengahan sungai terlihat satu cahaya dr jauh dr atas bukit.."ALLAH SELAMATKAN TERENGGANU" bergemerlapan menampakkan dirinya...hebat..moga bumi ini sentiasa di lindungi Allah selalu..bersama makhluk-makhluk yang selalu mengharapkan redha Nya.



Tiba-tiba rase nak loya..bila mata terpandang buih-buih laut tika enjin bot laju belayar merentasi sungai.. "jgn pandang bawah tu,..mabuk nanti"..cik abg beri amaran nampaknya.Aku terus berpaut di pinggangnya..hati berbisik riang..=)



Teringat sehelai tudung purple pemberiannya... "ambil lah, nie untuk yana".."ade kwn abg jual kat hospital..lame dh abg simpan, baru nak beri ni"..aku cuma tersenyum lebar.. thanks dear.



Pagi tu terus aku pakai..sbb mak mertua ajak aku jalan-jalan round kampng .. sbb nak mencari roti lipat pesanan dr kawan seofis aku...roti tak dapat,sbb stock dh abis.. tapi pengalaman berbasikal bersama mak mertua terasa amat berharga..ternampak pak mertua tengah menebas rumput di hujung bukit tu, utk lembu2 nya katanya.."ape saja dua beranak nie buat" mungkin itu juga getus hatinya sambil tersenyum melihat kami dr jauh...




Di sini tak sama macam di KL..suasana kampung amat mendamaikan hati yang nak mencari ketenangan..terdengar bunyi kokokan ayam bersambutan..bunyi burung berkicau merdu..dan kadang kala bunyi mak yang ligat mengejutkan adik ipar ku yang sorang tu..=) waktu pagi,makan nasi dagang,nasi minyak, tak ketinggalan jg keropok lekor yg jd makanan tradisi di negeri ini.. kt KL, mkn roti dan jem je..tak pn pekena roti canai di kedai "imkeda" tu...he



Hari terakhir di sini.. bermaksud "kita" akan terpisah buat sekian kalinya..entah kali keberapa kehidupan seperti ini akan berterusan..hanya DIA yang Maha Mengetahui.. tapi itulah realiti nya..jika kita sayang kepada seseorang itu.. apa sahaja akan dikorbankan.. baik jarak dan juga masa.. tapi adakah ianya cukup memberi erti makna sayang buat kedua-dua insan ini?tepuk dada tanya hati...


Berkorban apa saje..harta ataupun nyawa..itulah kasih mesra...sejati dan mulia.....



Friday, January 21, 2011

26 tahun...sebuah kelahiran..


Assalammualaikum...





hari nie diri rase teramat gembira bercampur kesedihan...

21 Jan 2011...menandakan usia kini menginjak lagi...

entah ape yg kulakukan selama 26 tahun ini...

apakah amalan buruk melebihi dari segalanya?

adakah aku hamba yang bersyukur dengan setiap nikmat Mu Tuhan?

adakah aku insan yang hanya keseorangan mengharapkan bulan jatuh ke riba ini?

adakah aku hanya insan yang mengharapkan kesetiaan dalam setiap hubungan?

macam-macam persoalan bercelaru takkala angka 2 dan 6 ini timbul kala ini..

adakan ada sinar baru buat "kami"?

ku hanya mampu meminta, merayu-rayu mengharapkan sesuatu dari Mu Tuhan..

moga jawapan Mu ku temui bagi pengubat segala resah di hati..

Pandulah daku Tuhan...

kuatkanlah diri ini dengan sinar iman..

ku rase jauh...

moga sinar itu kembali kepadaku bersama redha Mu Tuhan..

Amin ya Rabbal'alamin.......

Sunday, January 9, 2011

Selamat Hari Lahir ayah..sayang ayah..!!!

Assalammualaikum...
Detik 3 hb Januari 1960...lahirlah seorang putera comel ke dunia...beliau di beri nama Abdul Razak..yang membawa maksud hamba Allah yang memberi rezeki. Beliau ialah ayahku...yang sampai kini tak kenal erti penat jerih bekerja mencari rezeki sesuap nasi untuk kehidupan kami sekeluarga...


Selamat Hari Lahir buat ayah...selamat hari lahir yang ke -51..kejap benar detik ini...ayah telah menjagaku selama 25 tahun..dan kini aku di bawah tanggungan seorang insan bernama suami..


Saat aku dinikahkan.. dada terasa sebak...pabila tanggungjawab dan amanah telah segalanya di serahkan kpd seorang insan bergelar suami..bukan lagi ayah...




Pagi tu...(3 Jan)


7.00am..



Kami menyambut hari lahir ayah buat pertama kalinya dengan sebiji kek yg comel..ayah teramat terharu waktu itu...yelah..pagi2 baru balik kerja..(ayah kerja malam) tengok2 rumah gelap gelita..tiba2 masuk rumah..kami menjerit...suprisee..."Happy birthday to you.....happy birthday to ayah...happy birthday to you..." aku nampak ade air segenang mutiara di mata
ayah tika itu..


malam sebelum itu...(2 jan)


kami berpakat..untuk membeli hadiah buat ayah...dan hanya seorang saje wakil tuk wish kepada ayah..aku selaku anak sulung diberi tanggjwb untuk hal itu...


selamat hari lahir yang ke-51 ayah...semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki...

kami sayang ayah!..ikhlas dari semua ahli keluarga..=)


tiba-tiba ayah terus reply:

Terima kasih banyak-banyak..tahu takpe....amin....amin..amin ya rabbal'alamin...

insyaAllah kita semuadapat bersama-sama di penghujung hayat ayah amin.....



saat itu pabila aku membaca..hati begitu sayu...adik-adikku turut sebak mendengar kata-kata ayah tuu..ye...moga kami sama-sama bersama ayah sampai ke syurga sana...

pagi sebelum malam...(2 Jan)


nadia : eh..aku dpt paggilan percuma la..esok...
ayah : a'a kan esokkan 3 hb 1...lupa pula...


teringat waktu tu...tiada seorang pun respon kata2 ayah tu..masing-masing buat2 tak tahu dan tak dengar langsung...ayah macam sedih waktu itu.(di sebabkan nadia daftar nombor handphone di bawah nama ayah, jadi bila besday..mesti dapat panggilan percuma 1 hari suntuk, tapi nadia buat spoil pulak..aiii)..tapi hati kami lagi sedih tengok ayah cam tu tau...maaf kami memang sengaja..sbb ade kejutan pagi esok!!
kesian kat ayah..

-
-

pagi tu mak menyuap kek ke mulut ayah dengan gembira dan ceria..kami sama-sama meraikan hari yang begitu bermakna tu...masing-masing terasa kehangatan kasih sayang ini..ikatan keluarga yang tak akan putus sampai bila-bila...walau aku kini bukan di bawah amanah ayah lagi...tapi ayah tetap ayah KAMI...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...