Salam

Tuesday, June 28, 2011

student....oh...student



alammualaikum..





Sudah lama juga tak meng'update' blog ini...sibuk dalam kerjaya yang meruntun usaha dan tenaga..




Tapi berapa la sangat usaha yang telah ku buat..mane tidaknya..bila free time,free la tersangat..tapi bila dah datang 'a big island of workss'...oh, tengok la ketidak 'balance 'an hidup ini...


Sudah 4 minggu kerja berjalan seperti biasa..belajar dan mengajar student-student yang baru nak melihat dunia ini...


A: Sem 8 nie senang nak handle jerk..sebab dah besar panjang..


B: Tapi hati-hati dengan sem 8 nie..kadang2 sebab dah besar panjang la buat-buat perangai..dah pandai pijak kepala!!!


macam-macam yang ditafsirkan untuk student sem 8 ini.Masa ini la kita nampak tahap kematangan diaorang. cara pemikiran dan cara percakapan menentukan tahap matang itu..pendapat aku jer tuu......


Aku : What you're doing xxxx? copy cat from others ke?? where ur own notes ha!!


(dalam hati..berani sungguh mempermainkan sifu didepan matamu, rasa nak tenyeh2 je muka dia)


student A : emm...emm (sambil terkebil-kebil mata, dah kantoi!!) saya tak photostat lagi note madam..


Aku : awak ingat nie tempat ape?nak belajar, buat cara belajar..dah masuk minggu ke 4, nota masih tak photostat..apa nak jadi dengan awak nie...


student A: tak sempat madam...dah lama nak photostat tapi..tak ingat-ingat..


Aku : ya Allah..(dalam hati "sempat pula awak make up tebal-tebal, pakai maskara, berlipstik merah menyala..itu awak ingat!!)


Entah la..aku pun tak tahu apa nak jadi dengan student sekarang ini..niat kita untuk mengajar dan menolong diaorang berjaya dalam hidup..tapi langsung tidak di hargai...agaknya adakah diaorang masih ingat mak ayah di desa ?tinggalan harapan mak ayah yang mengharapkan kejayaan anakanda di kejauhan...


Teringat pertama kali menjejakkan kaki untuk sesi interview kolej xxxx ...dari kejauhan terpandang susuk-susuk tubuh putih beruniform..rase gerun di hati kecilku..nampak suci dan nerd je student2 nie..tetiba terpandang student2 baru bersama mak ayah mereka..di kiri dan kanan sedang mengendong beg-beg berat milik anak masing-masing....ada yang memeluk dan menangis semasa hendak meninggalkan anak-anak harapan ini...agaknya apa la amanat yang ditinggalkan untuk anak-anak harapan ini...


Harapan hanya tinggal harapan..agaknya perlukah kami mengingatkan student yang lama terlena ini? tapi sampai bila hendakku mengingatkan mu wahai anak-anak harapan...tiadakah secebis ingatan dalam hati mu tentang cita dan harapan .......


Tepuk dada, tanya IMAN....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...