Salam

Sunday, April 21, 2013

Perjuangan harus diteruskan!!!


Assalammualaikum....

16dpiui....waktu pagi membuka tirainya ..dengan linangan air mata..terpaksa ku ucapkan selamat tinggal pd   IUI ku yang pertama kerna telah berakhir sejak semalam lg...penantian itu akhirnya terjawab... ya Allah kuatkan aku..tabahkan aku...walau ku tangsis apa yang terjadi..ia takkan mampu mengulangi waktu itu.. yang perlu aku buat tika ini, REDHA dgn segalanya..ihklaskan segalanya....biarkan ia..semua dah ditentukan Nya.

ku tangisi nasib diri..sedangkan ada orang lain lagi yg lebih menderita walau pada raut mukanya terpancar senyuman..namun siapa tahu disebalik senyuman yang terukir itu..ada sesuatu yg cuba disembunyikan...alhamdulillah aku mempunyai rakan seperjuangan yg amat memahami ku.. kepada adik ain dan adik noor..terima kasih ku ucapkan.. maaf andai diri ini kadang kala teremosi dgn perasaan sedihku sendiri.. percayalah aku tak mampu tuk sembunyikan perasaan sedih itu..cukuplah...aku tak mahu  sedih di dalam hati tanpa air mata... aku harus lepaskannya...dan tentu terutamanya dihadapan Mu Allah...kuatkan aku...jangan biarkan aku lemah dan berputus asa dari rahmat Mu.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...