Salam

Tuesday, October 1, 2013

HONEYMOON LAGI! going to Redang Island..



Assalammualaikum...

Bertemu lagi untuk entri kali ini... dulu masa baru-baru kawin, hubby tanya nak pi mana honeymoon..then saya akan cakap PULAU REDANG!!..dan sehingga dh 3thn anniversary, akhirnya impian utuk menjejakkan kaki ke Pulau Redang tercapai juga!..alhamdulillah...

saya dapat rasekan yg percutian kali nie untuk meraikan besday hubby yg ke 33 pd 31 ogos lalu..walaupun kami pergi 2 hari before besday si dia...dan walaupun si dia tak menyatakan sebabnya....hehehe..

Kami bertolak dari jeti Shah Bandar terus ke Pulau Redang menaiki feri khas yang disediakan..
sepanjang perjalanan dapat saya menyaksikan pemandangan indah pulau-pulau kecil yang mengelilingi Terengganu...dan saya cukup terpukau dengan warna air laut yg mempunyai warna yang berbeza-beza warna seolah-olah berton..Subhannallah hebat sungguh ciptaan Mu...itu cerita semasa perjalanan tau..tu belum sampai lagi tuu...


panorama pulau-pulau menarik di sekitar Terengganu



Lebih kurang 1jam 45minit...tiba-tiba...dari kejauhan saya terpandang...sebuah pulau yang memiliki pasir yg putih bak kapas tuu ....terfikir..adakah itu.....ya...itulah Pulau Redang! pulau yg memiliki keputihan pasir yang begitu memukau, jernihan air dari warna hijau turqoise sehingga gelap kebiruan mengikut kedalaman pantai..liuk lentok pepohon kelapa seolah-oleh menarik kami terus ke syurga dunia ciptaan Nya...sungguh,,,tak pernah saya menyaksikan ciptaan yang maha hebat ini...SUBHANNALLAH....


Pemandangan Pulau Redang dari kejauhan.

kami menghabiskan percutian selama 2 hari 1 malam sahaja..dan sebenarnya masih belum berpuas hati menikmati keindahan pulau ini... Lagun Beach Resort menjadi tempat penginapan kami selama 2 hari itu..kami mebuat keputusan untuk tidak ber'snorkeling'...sebab saya takut sebenarnya...hihi..disebelah malamya pula kami berbarbecue di dewan makan... time tu melantakla kiranya,..sebab takde had untuk makan seberapa yang kita suka...dan yang saya suka dgn pakej  ni..semua include..breakfast, lunch ,afternoon tea break dan dinner time..memang berbaloi dgn harga yang ditawarkan...


lunch time..


late dinner kite barbecue.



en hubby =)
Aktiviti 2 hari itu kami hanya menikmati panorama alam itu sepuasnya..melihat deruan ombak menghempas pasir putih pantai sambil minum air kelapa muda yang lemak manis...cukup menjadikan suasana romantik tika masih berdua ini..=)

subhannallah...
Jadi kepada mereka yang masih tercari-cari tempat menarik di Terenggau ni,..im realy suggested that Redang Island is the best!!
SEE !!!
Niat dihati memang akan kembali lagi ke sini!!..yeh!! inshaAllah..memang berbaloi..selain menenangkan fikiran yang sedang berserabut tu...aktiviti ini mendkatkan hubungan kita suami isteri, keluarga..dan yang utamanya mendekatkan hubungan kita kepada pencipta Nya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...