Salam
Friday, November 29, 2013
Akhirnya..selamat tinggal...
Assalammualaikum..
Akhirnya aku mengambil keputusan yang drastik..dan sebenarnya telah lama aku fikirkan akan keputusan ini... ya..surat cinta telah ku beri kepada bos.. surat cinta 24 jam..bukan 6 bulan, dan bukan 3 bulan.. hoho..sudah lega rasanya dari setiap hari mendengar keluhan dan resah rakan-rakan ditempat kerja..ya, aku sudah penat mendengar..dan ya juga aku sudah penat menunggu reward yang 4 bln itu..hingga ke hari ini..tak masuk lagi tau! setiap hari melihat akaun online di rumah,,tapi hampa ku dapat..Allah maha mengetahui nasib orang-orang yang tertindas seperti kami ini..untuk pengetahuan, bukan setakat aku sorang je yang berhenti dari job ini..malah diikuti 2 yang lain..ain dan zam..its our final decision..no body can change it..full stop..!
2 May 2012 hingga 19 November 2013..cukupla karier ku selama setahun 6 bulan itu sebagai seorang pensyarah diploma farmasi..aku tak mampu lagi bertahan..dan tak kebal lagi..tak nak lagi menjadi hamba orang yang tak pernah menghormati hak kita..akan aku tuntut hak itu nanti...just wait and see bro..
Dan sekarang langkah perlu diteruskan..mencari angin di tempat baru..tapi tak tahu dimana lagi.. tapi usaha tetap usaha..dan aku takkan berpaling lagi.. sedih juga rasanya bila melihat para pelajar yang teresak2 menangis apabila keputusan ini telah ku buat secara mengejut.. tapi apa kan daya hati ku bukan lagi di sini lagi..selamat tinggal para pelajar kesayanganku..selamat tinggal sahabat-sahabatku yang begitu memberi semangat kepada diri ini..dan finally..selamat tinggal KIST..
wassalam...
Sunday, November 3, 2013
bercakap tentang HAK
Assalammualaikum...
Fuhh sudah lama aku terfikir-fikir sama ada haruskah aku menulis entri ini... namun atas luapan yang semakin yang tidak dapat ditahan-tahan lagi..akhirnya meletupla sudah..hinggakan melebihi temperature suhu badan manusia..100 darjah celcius!!!
Masih terngiang-ngiang lagi telinga ni dikala baru masuk k**T ni...ketua jabatan aku bangga akan ke'punctualan' k**T ni tika punctual membayar gaji para pekerjanya..masa tu aku cuma locum je, selama 6bln aku locum.Selepas tu aku diterima masuk ke sini..hingga ke hari ini.tu pun hanya kontrak.Namun alhamdulillah dari tak dapat langsung.
TETAPI...langit bukan selalunya tak hujan kan..bgitu juga k**T..aku tak tahu apa sebabnya..hinggakan banyak rumours yang kami dengar itu dan ini..dan kalau nak tahu sehingga ke hari ini..selama 3 bulan kami tidak diberi gaji...bayangkan..bagaimana perasaaan kami??tenaga kami dikerah hebat2...workload semakin tinggi...ade yg sampai 50 jam seminggu!!cuti hanya diberi hanya pada hari Jumaat sahaja!! tidakkah mereka yang di atas memandang penderitaan kami di bawah..?? adakah kami robot yang sentiasa diarah..yang sentiasa mengannggukkan kepala tika diberi amanah?tanpa diberi penghargaann mahupun penerangan ...? dimanakah hak kami?gaji kami???kenapa lewat sampai begini?? kenapa?? kenapa???
Adakah mereka tahu...mereka punya amanah.Amanah kepada para pekerja tentang hak mereka (iaitu kami)?? Allahuakhbar..bagi siapa yang tidak mampu lagi berada di sini..langkah 24jam notis adalah pilihan utama mereka.tapi adakah ini bermaksud aku sabar atas kezaliman yang berlaku ini?
Sedih melihat titisan air mata sahabat-sahabat seperjuangan tika meluahkan isi hati mereka...sepatutnya kita sebagai anak yang menolong mereka..tapi perkara yg sebaliknya berlaku...Allahu Rabbi...sedih..hinggakah tiada air mata lagi yang dapat dititiskan ..sbb hati ku terlalu sakit dan pedih melihat keadaan ini..mungkin aku tiada apa yang harus disedihkan..sbb mempunyai husband untuk menaggungku..tapi nak aku ceritakan di sini...setiap malam husband aku akan mengambil overtime...sampai dirumah kira-kira dalam pukul 11 kadangkala hingga mencecah pukul 12..semata-mata nak mencari duit lebih untuk menanggung kesemuanya...bil api/air,sewa rumah,kereta, insurans kereta dll.aku tak sanggup melihat keadaan dirnya yang selalu letih tika sampai di rumah.Dengan bekerja dengan hanya menaiki motor..tika hujan lebat atau musim tengkujuh..tiada siapa dapat membayangkan keadaan dirinya tika itu.
Tapi ingatlah Allah itu dengar setiap doa hamba Nya dan akan memakbulkan setiap doa orang-orang yang teraniya...bukan kami mendoakan yang bukan-bukan..cuma kami mahukan keadilan dan hak kami..semoga apa-apa sahaja pembalasan dari Nya menjadi iktibar buat mereka yang di atas sana.
Mungkin kini tibalah masanya untuk aku mencari ruang baru..untuk aku lebih tenang..aku tiada lagi hati untuk berkerja di sini. sedih untuk meninggalkan student-studentku..yang masih mengharapkan kami warga lecturer tetap mengajar dan mendidik mereka..tapi apakan daya,.kami tak mampu untuk bertahan lagi....Allah...sebak rasa..apalah nasib mereka nanti??juga sahabat-sahabatku disini... bertabahlah kalian semua..kita sedag diuji..buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan kita..
sekian...
Subscribe to:
Posts (Atom)