Salam

Friday, September 19, 2014

Labuan - Brunei menggamit memori


Entri throwback...

23 April 2014

sampai lewat di labuan, fligh delay .. check in Hotel Pantai View pada jam 6.54petang . jalan-jalan dulu di sekitar hotel sementara tunggu bilik disiapkan. dapat rembat satu kain.murah memang berbaloi, sebab kat sini bebas cukai. jam 9.00 mlm, bilik baru siap... tengok2 pemandangan sekitar dari atas bilik, terus tertidur kepenatan.

24 April 2014

Breakfast roti canai di mamak stall berhampiran hotel. selepas itu terus ke Terminal feri Labuan untuk ke Brunei. Cek pasport then juat naik feri  lebih kurang 2jam 15 minit sampai. 

Di Brunei

sewa 1 teksi dapat harga 120 dolar Brunei untuk jalan-lan sekitar bandar Brunei. melawat Masjid Sultanah Bolkiah, dimana kubahnya dibuat daripada emas.  ke jetinya ada tugu lambang negara Brunei. ke Utama Mall makan-makan di food court.murah makanan kat sini. rembat cenderahati di sini, 3 pasang kain ela. beli lagi cenderahati di Star shop , pak cik teksi kata kedai ni jual barang murah sikit dari kedai-kedai yang lain. rembat sticker , bendera Brunei dan Piring gambar. tak lama ..petang tu balik, balik jam 4.30petang, rase itu adalah feri terakhir ke Labuan.

Di Labuan

beli coklat di terminal feri, harga murah-murah, tapi harga coklat di Langkawi lagi murah tau. 6.30 petang di sini macam pukul 8.00 malam, makan dinner dulu sebelum balik hotel. Pekena udang galah masak cili padi, ikan kerapu bakar dan sayur kobis goreng. Harga memang murah. sedap dan fresh rasanya.. hmm teringat-teringat rasanya.. 

25 April 2014

naik feri ke menumbok, Sabah lebih kurang 15 minit naik speed boat. rasa nak tercabut badan-badan. loya pun ada.takpe janji sampai cepat. sampai je makan breakfast di jeti. naik van, merangkap teksi ke pekan Beaufort. jalan-jalan sekitar pekan. makan tengah hari terus balik, sebab badan rasa tak sedap. aduh.. . check out dari hotel Pantai View, jam 3.00 petang. 

terus ke hotel Tiara Labuan.. betul-betul berhampiran pantai Labuan. amat-amat selesa. biliknya besar dan lapang, boleh main kejar-kejar. ada bath tab, shower form dan seangkatan dengannya termasuk juga hair dryer. malam pergi ke Kompleks Ujana Kewangan, jalan-jalan dan beli makanan. beli lagi cenderahati di sini. kali ni untuk kawan-kawan sehospital dengan hubby punya.

26 April 2014

check out dari hotel.

sebelum balik sempat berlibur di tepi pantai berhadapan dengan hotel. keadaan air disana tak berapa bersih, berminyak dan bau tidak menyenangkan. sebabnya banyak kapal-kapal besar di pantainya. memangla banyak minyak ini pantai..oh pencemaran!

12.45 tengah hari naik flight balik ke KL transit  ke Kuala Terengganu.

komen pasal hotel:

Hotel Pantai View : very Bad service! (sebab saya ambil sebab dekat dengan terminal feri)
Hotel Tiara Labuan : TIP TOP service! (sebab saya ambil sebab dekat dengan airport)



layan gambar jom..



Terminal Feri Antarabangsa Labuan

Masa untuk berlepas ke Brunei

Masjid berkubah emas

berdua di depan masjid

Dapat bawa balik sikit cenderahati ok la

Makan-makan 

nak check in bilik 

swimming pool berdepan dengan bilik kami

Tiara Labuan Hotel yang best!

Kenangan di sana..till meet again!! salam




moga dirimu tenang di sana..


Assalammualaikum...

setelah sekian lama tidak menjenguk blogku ini... sejak peristiwa itu... tapi apa kan daya..emosi amat menguasai diri..

arini blog walking kawan-kawanku.. lama juga tak berblog walking ni.. entah angin pagi ni rasa semacam je.. ada sesuatu ingin di kongsi..tapi tunggu..

untuk throwback, sempat pergi Labuan pada tanggal 23 hingga 26 April 2014..tapi ada sesuatu yang berlaku selepas itu..sejak itu aku tak update blog ni..lama juga..

terkenang pandangan terakhirnya ketika itu... pok, mok dan pak ngah menghantar kami ke airport Sultan Mahmud Terengganu.. pagi tu agak kelam kabut kerana kami lambat tuk bergerak.. dan akhirnya tiba di airport dalam jam 8.30pg.. flight pagi tu jam 10pagi..tapi nasib kami dah self check in sminggu  sebelum tu.. alhamdulillah sempat jg selesaikan semua perkara sebelm depart. pandangan kami bertemu.. mok merenung kami dari jauh ketika kami habis cek dikastam.. sayu ketika itu..entah kenapa..rupa-rupanya itu pandangan terakhirnya pada kami di dunia ini....

ajal maut semua telah ditentukan..kita tak menjangka bila hayat ditarik..walau dalam sesaat selepas ini pun.. berita ini kami terima dengan hati yang redha.. terutamanya suami ku..ku lihat dirinya seakan menyesal dengan apa yang terjadi.. dan kita tak boleh patah balik..  

mak mertuaku seorang yang amat baik.. dia la insan yang amat memuliakan tetamu ... seorang yang tabah melayan karenah anak-anak dan cucu-cucunya.... pernah dulu masa ada kenduri potong jambul anak buahku Dhiya, .. pada masa tu aku tak keluar bilik, disebabkan aku sebak tika tu...diri ni tak dapat menahan air mata yang merembes, mungkin disebabkan aku belum lagi menimang cahaya mata.Dhiya merupakan cucu dari adik iparku, bermakna adik kepada suamiku.. emosi betul pada waktu tu.. hinggalah masa hendak makan...aku pun keluar, rupa-rupanya mok telah ambilkan aku daging ayam..katanya aku tak makan daging kambing dan kurasakan pada tika itu mok seolah tahu perasaan ku...rase terharu...dan mok tak pernah mendesak aku sepanjang hayatnya...

malam itu kami tiba di airport, pok dan abang iparku abang zam menunggu di lobi... dan kami terus dibawa ke hospital.pok kata mak dalam kritikal pada ketika itu. sesampai dihospital.. mata kami ligat mencari kelibat mok di wad. hinggalah kami ditegur oleh seseorang..rupaya mak ngah ada dibelakang.. dan memberitahu kami mok di depan tu..Allah..rupanya doktor sedang berusaha membantunya menggunakan mesin pernafasan.. aku terus memeluk mak ngah tika itu.. menahan kesedihan yang tak dapat diungkapkan...

hinggalah saat jam 6.30 pagi.27 April 2014.selepas azan subuh, mok telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.. mok memang tidak sedar ketika itu...sama rupanya sewaktu kami menjenguk mok sewaktu balik dari airport, mok memang tak membuka matanya... hinggalah doc memberitahu,.."kita hanya ada masa 8 minit lagi ye..." maksudnya pam oksigen mok akan dibuka 8 minit lagi.. dan bermaksud.... Allah..kelu lidah tika itu,hanya linangan air mata menjadi saksi...

ku mandikan jenazah mok bersama ustazah dan kak na (akak sulung suami ku).. sebak rase tika itu.. dengan tenang muka mok ku lihat.. tenang dan tenang.....selama ini, aku dapat bercakap bila berdepan dengannya, tapi bayangkan tiba-tiba sekujur badan yang selama ini menjadi teman berbual, senyap kaku tidak bergerak lagi ...Allah.. moga mok tenang di sana... al-Fatihah buat Salbiah Binti Bunga...

p/s: dan yang pastinya, kita juga akan menyusul selepas ini.. banyakkan beramal kepada Nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...