Salam

Friday, September 19, 2014

Labuan - Brunei menggamit memori


Entri throwback...

23 April 2014

sampai lewat di labuan, fligh delay .. check in Hotel Pantai View pada jam 6.54petang . jalan-jalan dulu di sekitar hotel sementara tunggu bilik disiapkan. dapat rembat satu kain.murah memang berbaloi, sebab kat sini bebas cukai. jam 9.00 mlm, bilik baru siap... tengok2 pemandangan sekitar dari atas bilik, terus tertidur kepenatan.

24 April 2014

Breakfast roti canai di mamak stall berhampiran hotel. selepas itu terus ke Terminal feri Labuan untuk ke Brunei. Cek pasport then juat naik feri  lebih kurang 2jam 15 minit sampai. 

Di Brunei

sewa 1 teksi dapat harga 120 dolar Brunei untuk jalan-lan sekitar bandar Brunei. melawat Masjid Sultanah Bolkiah, dimana kubahnya dibuat daripada emas.  ke jetinya ada tugu lambang negara Brunei. ke Utama Mall makan-makan di food court.murah makanan kat sini. rembat cenderahati di sini, 3 pasang kain ela. beli lagi cenderahati di Star shop , pak cik teksi kata kedai ni jual barang murah sikit dari kedai-kedai yang lain. rembat sticker , bendera Brunei dan Piring gambar. tak lama ..petang tu balik, balik jam 4.30petang, rase itu adalah feri terakhir ke Labuan.

Di Labuan

beli coklat di terminal feri, harga murah-murah, tapi harga coklat di Langkawi lagi murah tau. 6.30 petang di sini macam pukul 8.00 malam, makan dinner dulu sebelum balik hotel. Pekena udang galah masak cili padi, ikan kerapu bakar dan sayur kobis goreng. Harga memang murah. sedap dan fresh rasanya.. hmm teringat-teringat rasanya.. 

25 April 2014

naik feri ke menumbok, Sabah lebih kurang 15 minit naik speed boat. rasa nak tercabut badan-badan. loya pun ada.takpe janji sampai cepat. sampai je makan breakfast di jeti. naik van, merangkap teksi ke pekan Beaufort. jalan-jalan sekitar pekan. makan tengah hari terus balik, sebab badan rasa tak sedap. aduh.. . check out dari hotel Pantai View, jam 3.00 petang. 

terus ke hotel Tiara Labuan.. betul-betul berhampiran pantai Labuan. amat-amat selesa. biliknya besar dan lapang, boleh main kejar-kejar. ada bath tab, shower form dan seangkatan dengannya termasuk juga hair dryer. malam pergi ke Kompleks Ujana Kewangan, jalan-jalan dan beli makanan. beli lagi cenderahati di sini. kali ni untuk kawan-kawan sehospital dengan hubby punya.

26 April 2014

check out dari hotel.

sebelum balik sempat berlibur di tepi pantai berhadapan dengan hotel. keadaan air disana tak berapa bersih, berminyak dan bau tidak menyenangkan. sebabnya banyak kapal-kapal besar di pantainya. memangla banyak minyak ini pantai..oh pencemaran!

12.45 tengah hari naik flight balik ke KL transit  ke Kuala Terengganu.

komen pasal hotel:

Hotel Pantai View : very Bad service! (sebab saya ambil sebab dekat dengan terminal feri)
Hotel Tiara Labuan : TIP TOP service! (sebab saya ambil sebab dekat dengan airport)



layan gambar jom..



Terminal Feri Antarabangsa Labuan

Masa untuk berlepas ke Brunei

Masjid berkubah emas

berdua di depan masjid

Dapat bawa balik sikit cenderahati ok la

Makan-makan 

nak check in bilik 

swimming pool berdepan dengan bilik kami

Tiara Labuan Hotel yang best!

Kenangan di sana..till meet again!! salam




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...