Salam

Saturday, January 25, 2014

PETUNIAKU


Assalammualaikum..lama rasanya tidak menjenguk blog ni…apetah lagi buat entri baru..

Sekarang ni aku ada hobi baru..entah tetiba hati ni terpaut pada seni rekaan dalaman rumah dan luaran rumah..kalau dekat dalam rumah boleh pula aku beli batu-batu sungai yang kecil  kat kedai ECO  tu dan aku hias batu-batu sungai tu di sekeliling pasu besar untuk bunga sakura aku tu..pada aku bila je terpandang batu-batu tu jadi terapi..terus teringat keindahan dan kenyamanan air terjun yang mempunyai kepelbagaian batu-batu sungai yang cantik –cantik,nampak macam berangankan…but it works!

Kalau dekat luar rumah pula aku buat satu mini garden..mula-mula tu takde lagi pokok-pokok bunga yang menghiasi..tapi, tiba-tiba muncul empat buah pokok bunga petunia yang canti-cantik..! subhannallah cantik mata memandang..hal ini dsebabkan cik abg aku ni memang penggemar tegar pokok-pokok bunga..dan aku juga terjangkitlah….kami beli pokok-pokok ni di pasar tani belakang giant Kuala Terengganu. Ada yang berwarna plain terang, dan ada yang berwarna belang-belang..memang cantik..




petuniaku..



mini garden simple.



Sebenarnya semasa kami baru berpindah ke rumah ni dua tahun lepas, kami  sudah beli beberapa pokok petunia..tapi semuanya dah mati..kecuali satu pokok ni..lame dah ni ..kira-kira dah setahun lebih masih hidup segar..Cuma bunganya sahaja tak nak muncul-muncul..kalau dulu ada juga la muncul..tapi ni tak muncul-muncul langsung..mungkinkah kurang baja dan cahaya matahari.Bila diletakkan baja..baru nampak gemuk..tapi kalau nak dikatakan kurang cahaya matahari, rumah aku ni memang kawasan yang menghadap cahaya matahari pun..susah juga nak jaga pokok petunia ni..bilalah kamu nak berbunga lagi..
Maka aku pun research la sikit pasal penjagaan pokok petunia ni..Kali ni aku betul-betul ikut saranan bloger-bloger yang aku baca..siram hanya sekali sehari, waktu pagi je..then biar kena cahaya matahari pagi hingga tengah hari..sebab petunia nie suka dengan cahaya matahari..baru la dia boleh berbunga riang..lagi satu pantang petunia ni adalah bila terkena hujan..memang bunga-bunga dia tidak akan menjadi..maka haruslah diletakkan di tempat yang selamat yer..lagi satu elakkan dari terlalu kerap menyiram takut batangnya akan membusuk..dan hati-hati la jika tiba-tiba ada kulat-kulat putih di batang tu yer..dan juga sila la rajin-rajinkan tangan anda untuk membuang bunga-bunga yang telah layu takut nanti dia tak mau dah nak tumbuh bunga baru…


Dari takde kerja..ada kerjalah juga jaga pokok bungakan..kadang-kadang aku intai pokok-pokok bunga tu dari tingkap bilik depan rumah..rase tenang je bila terpandang warna bunga-bunga yang terang-terang tu..hehe..lepas ni nak beli bunga ape pula? =)
nak cari bunga lain pula lepas ni..

Saturday, January 4, 2014

Peluang ke DUA


Assalammualaikum..

Bersyukur ke hadrat Allah aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini..sudah 5 hari kita di tahun baru masihi.. aku masih diberi peluang untuk hidup..peluang ke 2?mesti tertanya juga kan..apakah kaitan tajuk di atas dengn diri ini...


Bukan sesuatu ganjil yg berlaku..tp sesuatu yg menjadikan aku berfikir akan kebesaran Allah Taala yang Maha berkuasa dan Maha penyayang mengatur alam ini dengan sempurnanya..Allah..


27hb 12..familiku (Johor) datang berrtandang ke rumahku..tak disangka-sangka semacam kejutan buatku..niat sebenarnya untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami di pasir mas kelantan..ingatkan tak menjadi..saat akhir adikku amir memberitahuku untuk datang..dan sudah tentunya berkumpul dan tinggal bermalam dirumahku dulu..sebelum bertolak ke kelantan pd 28hb 12 keesokkan harinya. 


28hb 12, setelah mendapat keizinan dr suamiku (suamiku bekerja)..aku turut serta menghadiri rumah sepupuku itu..alhamdulillah kami selamat smpai walaupun hanya mengikut GPS masuk hutan mana, kmpung mana..akhirnya bertemu juga rumah mereka di kelantan...dan kami mengambil keputusan untuk beredar cpt ptg tu kerana niat di hati mahu ke Rantau Panjang..tak banyak yang dibeli, cuma mak memborong toto dan tikar ..sebab harganya murah!


hinggalah pada malam hari sewaktu kami dalam perjalanan ke Kuala Terengganu..yang ku sedar pd waktu itu..mak baru memegang tasbihnya sambil berzikir..amir adikku sedg tidur-tidur ayam, begitu juga ayahku..adik iparku huda sdg mendodoikan amsyar anak buahku yg hampir terlena tika itu..dan adiku hairul yang sedag drive ketika itu..lenih kurang pukul 10 lebih kami melalui jalan besut ..tiba-tiba diselekoh yg tajam..tika tu aku sdg asyik melihat jln didepan dan trnmpk cabang 2 di depan..dn tika tu juga aku melihat stereng kereta yg dipandu semacam mahu menukarkan arah di saat akhir..tapi tiba2 entah kenapa, stereng yg dipegang tu, berputar kebelakang dan menyebabkan kereta kami berpusing dgn laju..Allah!!..hnya ungkapan itu yg kudgr dr mulut masing2..dan terdengar tangisan amsyar...ku lihat masing2 menundukkan kepala..dan tika itu hanya Allah yg tahu perasaan kami tika itu...ALLAH ampunkan kami..andai ini adalah hari terakhir kami..ampunkan kami..terlintas tika itu..bykkah amalan aku setakat ini...aku belum sempat bertaubat..aku lalai hidp di dunia ini!!! NAMUN...Allah itu Maha penyanyang..ditakdirkan tiada 1 kereta pun berada dibelakang kami ..dan tiada 1 pun kereta berada di depan kami.dan kereta tidak terlanggar divider di tepi jln dan tidak merempuh kedai di tepi..hairul adikku menceriatakn detik itu..dia mampu utk mengawal stereng dn brek.dan kereta kami betul-betul melintang di tngah2 jalan..namun dgn kuasa Allah yg menggerakkan adikku pantas membawa kereta di  bahu jalan.....


Tiada ungkapan kata ape lg  yg kami mampu ucapkan.selain terus bersyukur..dan terus bersyukur...kereta kami berhenti betul-betul  di depan masjid..dan amir adiku terus menunjukkan 1 papan tanda yang begitu sinomim dengan kita ..iaitu papan tanda jenazah!..Subhannalh...! 1 peringatan dari Nya...Allahuakhbar...!disitu juga aku menangis semahu-mahunya...Allah..Allah...terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG KE 2 !


p/s: Teringat kata-kata mak selepas kejadian itu..BERZIKIRLAH MENYEBUT NAMA ALLAH SETIAP MASA..AJAL DATANG TANPA DIDUGA...

.
cayang amsyar...!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...