Assalammualaikum..lama rasanya tidak menjenguk blog ni…apetah
lagi buat entri baru..
Sekarang ni aku ada hobi baru..entah tetiba hati ni terpaut
pada seni rekaan dalaman rumah dan luaran rumah..kalau dekat dalam rumah boleh
pula aku beli batu-batu sungai yang kecil kat kedai ECO
tu dan aku hias batu-batu sungai tu di sekeliling pasu besar untuk bunga
sakura aku tu..pada aku bila je terpandang batu-batu tu jadi terapi..terus
teringat keindahan dan kenyamanan air terjun yang mempunyai kepelbagaian
batu-batu sungai yang cantik –cantik,nampak macam berangankan…but it works!
Kalau dekat luar rumah pula aku buat satu mini
garden..mula-mula tu takde lagi pokok-pokok bunga yang menghiasi..tapi,
tiba-tiba muncul empat buah pokok bunga petunia yang canti-cantik..!
subhannallah cantik mata memandang..hal ini dsebabkan cik abg aku ni memang
penggemar tegar pokok-pokok bunga..dan aku juga terjangkitlah….kami beli
pokok-pokok ni di pasar tani belakang giant Kuala Terengganu. Ada yang berwarna
plain terang, dan ada yang berwarna belang-belang..memang cantik..
petuniaku.. |
mini garden simple. |
Sebenarnya semasa kami baru berpindah ke rumah ni dua tahun
lepas, kami sudah beli beberapa pokok petunia..tapi
semuanya dah mati..kecuali satu pokok ni..lame dah ni ..kira-kira dah setahun
lebih masih hidup segar..Cuma bunganya sahaja tak nak muncul-muncul..kalau dulu
ada juga la muncul..tapi ni tak muncul-muncul langsung..mungkinkah kurang baja
dan cahaya matahari.Bila diletakkan baja..baru nampak gemuk..tapi kalau nak
dikatakan kurang cahaya matahari, rumah aku ni memang kawasan yang menghadap
cahaya matahari pun..susah juga nak jaga pokok petunia ni..bilalah kamu nak
berbunga lagi..
Maka aku pun research la sikit pasal penjagaan pokok petunia
ni..Kali ni aku betul-betul ikut saranan bloger-bloger yang aku baca..siram
hanya sekali sehari, waktu pagi je..then biar kena cahaya matahari pagi hingga
tengah hari..sebab petunia nie suka dengan cahaya matahari..baru la dia boleh
berbunga riang..lagi satu pantang petunia ni adalah bila terkena hujan..memang
bunga-bunga dia tidak akan menjadi..maka haruslah diletakkan di tempat yang
selamat yer..lagi satu elakkan dari terlalu kerap menyiram takut batangnya akan
membusuk..dan hati-hati la jika tiba-tiba ada kulat-kulat putih di batang tu
yer..dan juga sila la rajin-rajinkan tangan anda untuk membuang bunga-bunga
yang telah layu takut nanti dia tak mau dah nak tumbuh bunga baru…
Dari takde kerja..ada kerjalah juga jaga pokok
bungakan..kadang-kadang aku intai pokok-pokok bunga tu dari tingkap bilik depan
rumah..rase tenang je bila terpandang warna bunga-bunga yang terang-terang tu..hehe..lepas
ni nak beli bunga ape pula? =)
No comments:
Post a Comment