Assalammualaikum..
Bersyukur ke hadrat Allah aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini..sudah 5 hari kita di tahun baru masihi.. aku masih diberi peluang untuk hidup..peluang ke 2?mesti tertanya juga kan..apakah kaitan tajuk di atas dengn diri ini...
Bukan sesuatu ganjil yg berlaku..tp sesuatu yg menjadikan aku berfikir akan kebesaran Allah Taala yang Maha berkuasa dan Maha penyayang mengatur alam ini dengan sempurnanya..Allah..
27hb 12..familiku (Johor) datang berrtandang ke rumahku..tak disangka-sangka semacam kejutan buatku..niat sebenarnya untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami di pasir mas kelantan..ingatkan tak menjadi..saat akhir adikku amir memberitahuku untuk datang..dan sudah tentunya berkumpul dan tinggal bermalam dirumahku dulu..sebelum bertolak ke kelantan pd 28hb 12 keesokkan harinya.
28hb 12, setelah mendapat keizinan dr suamiku (suamiku bekerja)..aku turut serta menghadiri rumah sepupuku itu..alhamdulillah kami selamat smpai walaupun hanya mengikut GPS masuk hutan mana, kmpung mana..akhirnya bertemu juga rumah mereka di kelantan...dan kami mengambil keputusan untuk beredar cpt ptg tu kerana niat di hati mahu ke Rantau Panjang..tak banyak yang dibeli, cuma mak memborong toto dan tikar ..sebab harganya murah!
hinggalah pada malam hari sewaktu kami dalam perjalanan ke Kuala Terengganu..yang ku sedar pd waktu itu..mak baru memegang tasbihnya sambil berzikir..amir adikku sedg tidur-tidur ayam, begitu juga ayahku..adik iparku huda sdg mendodoikan amsyar anak buahku yg hampir terlena tika itu..dan adiku hairul yang sedag drive ketika itu..lenih kurang pukul 10 lebih kami melalui jalan besut ..tiba-tiba diselekoh yg tajam..tika tu aku sdg asyik melihat jln didepan dan trnmpk cabang 2 di depan..dn tika tu juga aku melihat stereng kereta yg dipandu semacam mahu menukarkan arah di saat akhir..tapi tiba2 entah kenapa, stereng yg dipegang tu, berputar kebelakang dan menyebabkan kereta kami berpusing dgn laju..Allah!!..hnya ungkapan itu yg kudgr dr mulut masing2..dan terdengar tangisan amsyar...ku lihat masing2 menundukkan kepala..dan tika itu hanya Allah yg tahu perasaan kami tika itu...ALLAH ampunkan kami..andai ini adalah hari terakhir kami..ampunkan kami..terlintas tika itu..bykkah amalan aku setakat ini...aku belum sempat bertaubat..aku lalai hidp di dunia ini!!! NAMUN...Allah itu Maha penyanyang..ditakdirkan tiada 1 kereta pun berada dibelakang kami ..dan tiada 1 pun kereta berada di depan kami.dan kereta tidak terlanggar divider di tepi jln dan tidak merempuh kedai di tepi..hairul adikku menceriatakn detik itu..dia mampu utk mengawal stereng dn brek.dan kereta kami betul-betul melintang di tngah2 jalan..namun dgn kuasa Allah yg menggerakkan adikku pantas membawa kereta di bahu jalan.....
Tiada ungkapan kata ape lg yg kami mampu ucapkan.selain terus bersyukur..dan terus bersyukur...kereta kami berhenti betul-betul di depan masjid..dan amir adiku terus menunjukkan 1 papan tanda yang begitu sinomim dengan kita ..iaitu papan tanda jenazah!..Subhannalh...! 1 peringatan dari Nya...Allahuakhbar...!disitu juga aku menangis semahu-mahunya...Allah..Allah...terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG KE 2 !
p/s: Teringat kata-kata mak selepas kejadian itu..BERZIKIRLAH MENYEBUT NAMA ALLAH SETIAP MASA..AJAL DATANG TANPA DIDUGA...
.
cayang amsyar...! |
No comments:
Post a Comment