Salam

Wednesday, December 4, 2013

Being a full time housewife??

Asslammualaikum...

Hujan yang datang bagaikan mutiara...tetiba je menyayikan..yela sekarang ni musim hujan di sini..alhamdulillah tempat aku tak dilanda banjir..tapi di kemaman teruk juga aku dengar..tapi aku sentiasa berdoa, moga hujan yang turun ni memberi manfaat dan rezeki buat semua mahklukya..termasuklah aku..amin...yang juga berharap hadirnya pelangi setelah hujan nanti...inshaaAllah

Hujan oh hujan..ampaian untuk baju-baju lembap

Semenjak beberapa hari tanpa 'official' kerja..kerja aku sekarag adalah menjadi fulltime housewife...wah seronok bukan....setiap hari mengemas rumah, membasuh dan juga goyang kaki..tanpa perlu memikirkan pelajar-pelajar yang bising dalam kelas macam dulu-dulu tu dan nak buat apa untuk lesson plan akan datang emm.....tapi disebalik itu hatiku tetap berdetik betapa kesiannya suami mencari kerja seorang diri.. kesian tengok dia..dan sekarang dia selalu sahaja kena demam panas..selang 1hari dh baik..datang balik demam dia..walau dia sakit pon dia tetap nak pergi kerja..emm..sebab sekarang ni dia sorang je kerja..dpt mc..tp dia taknak burukkan rekod kehadiran dia dgn mc..sanggup dia gantikan dgn cuti tahunan.. abanng..abang...emm..

Bercakap tentang kerja ni sebenarya  aku dah dapat 1 kerja..dah interview dah..tapi aku menolak...sekarang ni part aku,,aku telah menolak..bukan sebab aku memilih ... tapi principal tu dah bagi 2 option kat aku..sama ada u nak kerja kontrak setahun..atau dalam tempah 1 tahun tu u dapat kerja, u kena bayar semua ganti rugi untuk setahun itu...ok mana 1 pilihan hati..last sekli..aku menolak ..sebab sebenarnya dah lebih dari 5 resume yang dah aku hantar..dan salah satu darinya siap minta surat sokongan dari Yb .. baik dalam kerajaan ataupun swasta..sekarang ni pun on the way nak send 1 lagi permohonan yang keberapa entah..aku pon dh tak ingat..mesti tertanyakan kerja ape yang aku tolak tu... jadi teacher kat kindegardent....macam comel je kan...dah tu sekarang aku berangan2 jaga anak2 yang ramai..maklumlah sekarngkan belum kerja lgi..selain aktiviti rumah tu..terselit jugala aktiviti berangan tu..haha..( nak cepat dapat anak)..

oh ya kawan aku yang dekat sabah tu (Huday) baru bersalin 2 minggu lepas..baby boy katanya..sekarang ni ramai yang lahirkan baby boy..termsuklah kawan sekerjaku dulu..Noor..lama pula xdengar citer noor (padahal baru  aritu dia call) sekarang baby mursi bertambah encemm..dan body builder..hihi..entah bila nak jumpa lagi....eh tetiba teringat kat ain pulak dah..kes berat..RINDUUU..=)

till then (ain akak tiru..hihi)..salam..

Friday, November 29, 2013

Akhirnya..selamat tinggal...


Assalammualaikum..

Akhirnya aku mengambil keputusan yang drastik..dan sebenarnya telah lama aku fikirkan akan keputusan ini... ya..surat cinta telah ku beri kepada bos.. surat cinta 24 jam..bukan 6 bulan, dan bukan 3 bulan.. hoho..sudah lega rasanya dari setiap hari mendengar keluhan dan resah rakan-rakan ditempat kerja..ya, aku sudah penat mendengar..dan ya juga aku sudah penat menunggu reward yang 4 bln itu..hingga ke hari ini..tak masuk lagi tau! setiap hari melihat akaun online di rumah,,tapi hampa ku dapat..Allah maha mengetahui nasib orang-orang yang tertindas seperti kami ini..untuk pengetahuan, bukan setakat aku sorang je yang berhenti dari job ini..malah diikuti 2 yang lain..ain dan zam..its our final decision..no body can change it..full stop..!

2 May 2012 hingga 19 November 2013..cukupla karier ku selama setahun 6 bulan itu sebagai seorang pensyarah diploma farmasi..aku tak mampu lagi bertahan..dan tak kebal lagi..tak nak lagi menjadi hamba orang yang tak pernah menghormati hak kita..akan aku tuntut hak itu nanti...just wait and see bro..

Dan sekarang langkah perlu diteruskan..mencari angin di tempat baru..tapi tak tahu dimana lagi.. tapi usaha tetap usaha..dan aku takkan berpaling lagi.. sedih juga rasanya bila melihat para pelajar yang teresak2 menangis apabila keputusan ini telah ku buat secara mengejut.. tapi apa kan daya hati ku bukan lagi di sini lagi..selamat tinggal para pelajar kesayanganku..selamat tinggal sahabat-sahabatku yang begitu memberi semangat kepada diri ini..dan finally..selamat tinggal KIST..

wassalam...

Sunday, November 3, 2013

bercakap tentang HAK


Assalammualaikum...

Fuhh sudah lama aku terfikir-fikir sama ada haruskah aku menulis entri ini... namun atas luapan yang semakin yang tidak dapat ditahan-tahan lagi..akhirnya meletupla sudah..hinggakan melebihi temperature suhu badan manusia..100 darjah celcius!!!

Masih  terngiang-ngiang lagi telinga ni dikala baru masuk k**T ni...ketua jabatan aku bangga akan ke'punctualan' k**T ni tika punctual membayar gaji para pekerjanya..masa tu aku cuma locum je, selama 6bln aku locum.Selepas tu aku diterima masuk ke sini..hingga ke hari ini.tu pun hanya kontrak.Namun alhamdulillah dari tak dapat langsung.

TETAPI...langit bukan selalunya tak hujan kan..bgitu juga k**T..aku tak tahu apa sebabnya..hinggakan banyak rumours yang kami dengar itu dan ini..dan kalau nak tahu sehingga ke hari ini..selama 3 bulan kami tidak diberi gaji...bayangkan..bagaimana perasaaan kami??tenaga kami dikerah hebat2...workload semakin tinggi...ade yg sampai 50 jam seminggu!!cuti hanya diberi hanya pada hari Jumaat sahaja!! tidakkah mereka yang di atas memandang penderitaan kami di bawah..?? adakah kami robot yang sentiasa diarah..yang sentiasa mengannggukkan kepala tika diberi amanah?tanpa diberi penghargaann mahupun penerangan ...? dimanakah hak kami?gaji kami???kenapa lewat sampai begini?? kenapa?? kenapa???

Adakah mereka tahu...mereka punya amanah.Amanah kepada para pekerja tentang hak mereka (iaitu kami)?? Allahuakhbar..bagi siapa yang tidak mampu lagi berada di sini..langkah 24jam notis adalah pilihan utama mereka.tapi adakah ini bermaksud aku sabar atas kezaliman yang berlaku ini? 

Sedih melihat titisan air mata sahabat-sahabat seperjuangan tika meluahkan isi hati mereka...sepatutnya kita sebagai anak yang menolong mereka..tapi perkara yg sebaliknya berlaku...Allahu Rabbi...sedih..hinggakah tiada air mata lagi yang dapat dititiskan ..sbb hati ku terlalu sakit dan pedih melihat keadaan ini..mungkin aku tiada apa yang harus disedihkan..sbb mempunyai husband untuk menaggungku..tapi nak aku ceritakan di sini...setiap malam husband aku akan mengambil overtime...sampai dirumah kira-kira dalam pukul 11 kadangkala hingga mencecah pukul 12..semata-mata nak mencari duit lebih untuk menanggung kesemuanya...bil api/air,sewa rumah,kereta, insurans kereta dll.aku tak sanggup melihat keadaan dirnya yang selalu letih tika sampai di rumah.Dengan bekerja dengan hanya menaiki motor..tika hujan lebat atau musim tengkujuh..tiada siapa dapat membayangkan keadaan dirinya tika itu.

Tapi ingatlah Allah itu dengar setiap doa hamba Nya dan akan memakbulkan setiap doa orang-orang yang teraniya...bukan kami mendoakan yang bukan-bukan..cuma kami mahukan keadilan dan hak kami..semoga apa-apa sahaja pembalasan dari Nya menjadi iktibar buat mereka yang di atas sana.

Mungkin kini tibalah masanya untuk aku mencari ruang baru..untuk aku lebih tenang..aku tiada lagi hati untuk berkerja di sini. sedih untuk meninggalkan student-studentku..yang masih mengharapkan kami warga lecturer tetap mengajar dan mendidik mereka..tapi apakan daya,.kami tak mampu untuk bertahan lagi....Allah...sebak rasa..apalah nasib mereka nanti??juga sahabat-sahabatku disini... bertabahlah kalian semua..kita sedag diuji..buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan kita..

sekian...






Tuesday, October 22, 2013

Rindu seorang SaHaBaT...


Assalammualaikum..

Selamat pagi...entah mengapa pada hari ni, jari jemari ku ligat melihat fb kawan-kawanku yang dulu sama-sama bekerja di kolej lama...terasa kerinduan menerjah kalbu,,(cewahh..)masing-masing punyai kehidupan sendiri, ada yang single lg, berdua, bertiga dan ber..ber..lagi la. jadi entri kali ini khas untuk diaorang..tu pun kalau ada yang terrr...jah..hihi..

selepas aku meninggalkan cheras, dimana tmpt pekerjaan pertamaku di sana..dr tahun 2009-2012..aku tidak dapat lagi bertemu mereka..hanya di alam maya ni, kami still keep in touch..maklumlah GaNu jauh...tu pun kadang-kadang..teringat zaman dulu-dulu, zaman-zaman bujang..merekalah tempat ku mengadu, meluahkan perasaan dan bersuka serta berduka bersama..


masa ni wani x berapa sihat.tp .masih dpt tertawa..tudung biru
nostalgia yang tak dapat dilupakan adalah sewaktu kami membuat trip ke Port Dickson, kalau tak silap la..masa tu sebulan lagi nak kawen..hihi..menyempat lagi pi jejalan tu..BeSt sangat. masa tu semua ade tugasan tuk memasak..aku bawa mee siam dengan sambal kicap johor tu, yg lain ada yang bawa nugget, sosej,cekodok,cekedis,buah-buahan dan air oren sedap...pas dh makan tu, hanim buat 1 aktiviti best..(maklumlah hanim time tu jd exco aktiviti)..permainan kiteorang adalah 'treasure hunter'..wah..seronok..! sampaikan ade tu, kami terpaksa ucapkan perkataan I LOVE U pd mamat mane entah, semata-mata nk dptkan point tu..wah..malu..tp kami ckp  WE LOVE U..haha..so tak malu daa...kiki


sedang menikmati bekalan yg dibawa
















ade lagi..kami juga sambut besday masing-masing...memang tak lupa kawan-kawan punya besday time tu..yang mengharukan aku.depa ni wat suprise time besday aku.. tapikan time tu aku cam dah dpt mengagak,..kenape semua org takde dlm opis..haha.. kak ida dtg ckp ade student masalah nk jmp..muka serius gilerr...aku jd pelik..pastu tup2 keluar ke blik perbincangan tu..SuPriSe!!..hihi...thanks pada u olls..mmg gempak la!!..dlm byk2 kawanku, ramai yang meraikn besday mereka pd bulan 3..jadi party besday tu kami namakan MARCH LADIES..so sweet kan..!! kami buat dekat arked kot..tak ingat nama tempt tu..jd kek harusla special..kek banana choc dari secret recipe..dapppnyerr!!


meraikan march ladies..hanim,aini dan wani


Masa tempat lama juga, kami semua diberi tggjwb untuk jd mentor utk mentee-mentee kami..jadi kena monitor la setiap permasalahan dan perkembangan depa nie..yang tak tahannya setiap kali kena hantar report bulanan ..masing-masing buat muka stress..hahaha..aku la tukang kutip semua report diaorg ke MDM C......A..kalau tak hantar for sure kena perli pedas-pedas..hihihi..pas cuti raya tu..kami pakat wat hari raya celebration dgn mentee kami..so, mcm2 aktivti yg dibuat..igt lg time aktvti aku tu..hani dan ainni jd juri,,fuhh seriuss muka...kiki


juri terhormat..ainni dan hani yg serius


Dan seingat aku..kali terkhir meraikan saat2 akhir bersama kawan2..kami fly ke SaBah...time tu dh kawin sebulan..kami suami isteri pjj, jdi aku ni cam bujang la ikot kawan2 yang single mingle pi honeymoon kat sane..sedangkan suami ku tinggalkan di terengganu..ape la kan..hihi..maap cik abe..=)kat sane kami tumpang umah aunty Noly yg sgt baikk..aunty temankn kiteorg pi shopping..aunty masakkan tuk kiteorg..yang pnting..kami memang tak kebulur..sebab ade makanan pg,ptg dan mlm..hehe heavenkan ..thank u aunty noly!! pegi sabah yang best dapat pi pulau manukan!! aku mmg suka pulau2 nie..nak2 lg tgk jernihnya air tu..wah..subhannallah..mmg hapening!!dan ada 1 tragedi yg menyebbakan kam hmpir ke tgh laut..dan taukan sape wira kami? si Ainni! Ainni yg mnemilik kaki yg panjang..sbb tu dia leh tarik kami yg seramai 4 org naik kedarat..fuhh..utk pgetahuan, kami ni semua kaki fendek-fendek..kiki..terima kasih Ainni sebab telah menjadi WiRa kami!!


pict berlatar belakangkan mount kinabalu

ikan-ikan di bawah jeti Pulau Manukan

kenangan lalu takkan luput dr ingatan..bila tgk pict kawan-kawan, tiba-tiba boleh  ketawa  dan menagis sorang-sorang..hehe..yela..kami rapat sangat time tu..kini semua tu cuma dlm kenangan..tapi ketahuilah diaorg sentiasa dlm doaku..semoga  semuanya berjaya didunia dn akhirta..salam sayang penuh kerinduan buat sahabat-sahabatku..
dari kiri Ainni,Fina, Wani,Fatimah KM, depan Habim



kredit untuk:-


Ainni (roomate ku yg mcm kakak/merangkap ustazah)
Wanie (housemateku merangkap guru disiplin=p)
Hanie (opismateku yg selalu wat muka comel..wink..wink)
Fatimah KM (opismateku yg tinggi sifat keibuan&lemah lembut...)
Fatimah spec(opsimateku yang CoOl dan steady bila byk keje..kiki)
Fina (si mata comel bila ketawa!..kiki)
Jannah (jiran sebelah merangkap gosip girl!..haha)
Mama Hanim (yg selalu terseyum menampakkn gigi taring yg comel!!)
Iza (si librian yang amat betimbang rasa..bila dh hantar buku lambat!hee)
kak Laili ( akak yg memahami adik-adiknya..)
kak ida (tegas, adil & saksama!!=p)
dan semualah..penat daa

kamu semua merupakan kawan terbaikku!..MIZZ U ALL A LOTT!


tempat lamaku..bye=)

Tuesday, October 1, 2013

HONEYMOON LAGI! going to Redang Island..



Assalammualaikum...

Bertemu lagi untuk entri kali ini... dulu masa baru-baru kawin, hubby tanya nak pi mana honeymoon..then saya akan cakap PULAU REDANG!!..dan sehingga dh 3thn anniversary, akhirnya impian utuk menjejakkan kaki ke Pulau Redang tercapai juga!..alhamdulillah...

saya dapat rasekan yg percutian kali nie untuk meraikan besday hubby yg ke 33 pd 31 ogos lalu..walaupun kami pergi 2 hari before besday si dia...dan walaupun si dia tak menyatakan sebabnya....hehehe..

Kami bertolak dari jeti Shah Bandar terus ke Pulau Redang menaiki feri khas yang disediakan..
sepanjang perjalanan dapat saya menyaksikan pemandangan indah pulau-pulau kecil yang mengelilingi Terengganu...dan saya cukup terpukau dengan warna air laut yg mempunyai warna yang berbeza-beza warna seolah-olah berton..Subhannallah hebat sungguh ciptaan Mu...itu cerita semasa perjalanan tau..tu belum sampai lagi tuu...


panorama pulau-pulau menarik di sekitar Terengganu



Lebih kurang 1jam 45minit...tiba-tiba...dari kejauhan saya terpandang...sebuah pulau yang memiliki pasir yg putih bak kapas tuu ....terfikir..adakah itu.....ya...itulah Pulau Redang! pulau yg memiliki keputihan pasir yang begitu memukau, jernihan air dari warna hijau turqoise sehingga gelap kebiruan mengikut kedalaman pantai..liuk lentok pepohon kelapa seolah-oleh menarik kami terus ke syurga dunia ciptaan Nya...sungguh,,,tak pernah saya menyaksikan ciptaan yang maha hebat ini...SUBHANNALLAH....


Pemandangan Pulau Redang dari kejauhan.

kami menghabiskan percutian selama 2 hari 1 malam sahaja..dan sebenarnya masih belum berpuas hati menikmati keindahan pulau ini... Lagun Beach Resort menjadi tempat penginapan kami selama 2 hari itu..kami mebuat keputusan untuk tidak ber'snorkeling'...sebab saya takut sebenarnya...hihi..disebelah malamya pula kami berbarbecue di dewan makan... time tu melantakla kiranya,..sebab takde had untuk makan seberapa yang kita suka...dan yang saya suka dgn pakej  ni..semua include..breakfast, lunch ,afternoon tea break dan dinner time..memang berbaloi dgn harga yang ditawarkan...


lunch time..


late dinner kite barbecue.



en hubby =)
Aktiviti 2 hari itu kami hanya menikmati panorama alam itu sepuasnya..melihat deruan ombak menghempas pasir putih pantai sambil minum air kelapa muda yang lemak manis...cukup menjadikan suasana romantik tika masih berdua ini..=)

subhannallah...
Jadi kepada mereka yang masih tercari-cari tempat menarik di Terenggau ni,..im realy suggested that Redang Island is the best!!
SEE !!!
Niat dihati memang akan kembali lagi ke sini!!..yeh!! inshaAllah..memang berbaloi..selain menenangkan fikiran yang sedang berserabut tu...aktiviti ini mendkatkan hubungan kita suami isteri, keluarga..dan yang utamanya mendekatkan hubungan kita kepada pencipta Nya..

Wednesday, September 4, 2013

Majlis Raya Kolej


Assalammualaikum...

setelah sekian lama berdiam diri dan membisu..ku gagahi juga tuk ku buatkan entri ni setelah berbulan lamanya kosong tanpa entri baru..

kali ni kita cuba buka minda dan positipkan diri....sekarang..buka buku baru untuk entri terbaik kali ini..kuikui (terbaiklah sangat!!)

meh nak citer...hrtu ada majlis hari raya di kolej..dan ada pertandingan queen and king tuk both student dan staff... tau tak apa yg terjadi..sy jd Queen tuk staff tu,...haha..nak gelak rasanya..sy pakai simple je..mmg baju tu baju dinner..tp xtau aritu nk pakai ape..jd sy pakai jela yg nie..ikutkan nk pakai yg ari2 pakai masuk opis tu...tp dh nama hari raya...jadi kite BERAYA la..haha..tup2...alhamdulillah dgn apa yg diberi..


Bersama closing frens di kolej..dari kiri sy..adik ain dan adik mira..sorg lecturer b.kebangsaan..sorg lg English lecturer... (pss...ain buat muka comel tu.hihi)

Berbagai aktiviti yang dibuat, antaranya cabutan bertuah..of course la tak dapat..nyanyi-nyanyi lagi raya dan dikir barat dari staff dan student..together wif this i attachkan pict2  yg sempat di snap..







 

tengok gambar yang second last tu cam tak caya je ..sy ke tu..makan sampai xsempat pandang kiri dan kanan..haha...byk gambar kami bersama..tak sempat ambil gambar masa persembahan sebab tertalu ayik makan..hihi..tp persembahan u all memang terbaik !! dan gambar yang last tu masa ambil hadiah dari ceo kolej bersama pengarah di tengah dan timbalan pengarah di hujung sekali tu.. gambar yang ramai-ramai atas pentas tu king queen student dan king queen staff , ceo yg ditengah2 tu.. klu perasan gambar student yg king pakai baju kuning tu memang terbaik..taukan sebab apa..ada jalur gemilang di poketnya..dan sampingnya macam ala2 bunga raya gitu..MERDEKA RAYA katakan..

oklah..dh habis majlis tu dalam pukul 2.30pm..kemas2 barang ..pukul 5pm kita balik seperti biasa..sungguh letih dan penat haritu..but enjoy lah juga kan...

ok next entri...HONEYMOON LAGI..nantikan...


Sunday, April 21, 2013

Perjuangan harus diteruskan!!!


Assalammualaikum....

16dpiui....waktu pagi membuka tirainya ..dengan linangan air mata..terpaksa ku ucapkan selamat tinggal pd   IUI ku yang pertama kerna telah berakhir sejak semalam lg...penantian itu akhirnya terjawab... ya Allah kuatkan aku..tabahkan aku...walau ku tangsis apa yang terjadi..ia takkan mampu mengulangi waktu itu.. yang perlu aku buat tika ini, REDHA dgn segalanya..ihklaskan segalanya....biarkan ia..semua dah ditentukan Nya.

ku tangisi nasib diri..sedangkan ada orang lain lagi yg lebih menderita walau pada raut mukanya terpancar senyuman..namun siapa tahu disebalik senyuman yang terukir itu..ada sesuatu yg cuba disembunyikan...alhamdulillah aku mempunyai rakan seperjuangan yg amat memahami ku.. kepada adik ain dan adik noor..terima kasih ku ucapkan.. maaf andai diri ini kadang kala teremosi dgn perasaan sedihku sendiri.. percayalah aku tak mampu tuk sembunyikan perasaan sedih itu..cukuplah...aku tak mahu  sedih di dalam hati tanpa air mata... aku harus lepaskannya...dan tentu terutamanya dihadapan Mu Allah...kuatkan aku...jangan biarkan aku lemah dan berputus asa dari rahmat Mu.....

Friday, April 12, 2013

2 ww


Assalammualaikum...

2 ww Biarlah masa yang menentukan segalanya...biarlah masa itu berlalu dengan cepat tanpa perlu ku tunggu terlalu lama.. mengharap keajaiban dr Mu..ya Tuhanku..permudahkanlah segala urusan ku..2 minggu yg cukup mendebarkan ku... penyerahan hanya ku serahkan 100% hanya pada Mu..jadikan aku redha dengan setiap keputusan Mu..

Setiap malam dia bertnya perkara yang sama..."bila nak test?" dia begitu mengharap..terharu rasanya...cuma yang mampu aku katakan.."banyakkan berdoa ye abg..ape pun yang mendatang selepas ni..kite perlu redha" dan terus dia katakan padaku.."mek kena kuat tau..kena tabah"....sambil tangannya mengenggam erat tanganku...aku menangis di dalam hati sendiri...betapa aku bersyukur dengan MU Tuhan dgn anugerah Mu yang satu ini...ALHAMDULILLAH...


Mohd Amsyar Firas...mak long rindu sangat dekat amsyar ni....

Semoga debaran 2  minggu ini menjanjikan kemanisan diakhirnya...tawakkallillahita'ala....

Sunday, March 31, 2013

Demi Zuriat...


Assalammualaikum....

syukur dengan kuasaMu Tuhan..aku masih diiberikan kesempatan hidup di dunia Mu ini...merasai segala nikmat rezeki Mu yang tidak terhitung banyaknya... lama juga aku menyepi.. menelaah segala ujian yg mendatang..bermenung dan berfikir hikmah di sebaliknya...

Satu demi satu Kau tunjukkan pd ku ya Allah.. sesungguhnya tiada yang mampu menandingi kuasa Mu Tuhan..sebenarnya banyak sangat cerita yang tersimpan dlm benak ku..tapi aku tak tahu nak mulakan dr mana...............

aku  tidak begitu rapat dgn dia, cuma kadang2 kalau bertembung di kolej..hanya lemparan seyuman yg aku berikan..yg aku tahu dia adalah junior aku semasa di zaman kampus dulu. seorang yang pendiam..tp dpt aku rasakan seakan menyimpan suatu rahsia besar dr air mukanya..

aku dikabarkan dia dimasukkan ke wad ICU...tapi aku tidak tahu atas sebab apa..sehinggalah kawan sepejabatku menceritakan keadaan yang sebenarnya dari mula hingga akhir.usia perkahwinanya telah menjangkau 3 thn..tapi ,masih belum dikurniakan cahaya mata...

pengorbanan seorang isteri demi menimang cahaya mata yang didambakan.. dan demi mendapatkan zuriat itulah dia nekad untuk mebuang cyst yang tersumbat di rahimnya...dari situlah ujian bermula..... atas kesilapan doktor, usus tertusuk semasa doktor cuba  mengikis lemak di bagian perutnya...kesan dari itu dia telah dimasukkan kedalam wad ICU.berminggu-minggu dia disitu mengharungi saat-saat kritikalnya...penderitaannya bukan setakat disitu saja..aku dikhabarkan ususnya terpaksa dikeluarkan sementara waktu akibat dari komplikasi dalaman yang tak mampu aku terangkan bagaimana bentukya... ya Allah begitu berat ujiannya...yang hanya aku mampu buat adalah berdoa ..dan terus berdoa di atas segala kesulitan yg di alaminya...hanya Tuhan saja yang tahu perasaanku tika itu..

sehinggalah pada pagi jumaat yang hening itu..tika ku asyik dilagukan dengan bunyi burung berkicauan merdu diluar..tiba-tiba mesejku berbunyi.. ku buka...dan hanya Allah sahaja tahu sedihnya perasaan ku ..air mataku mengalir laju..." kak, dia sudah tiada"....dia pergi untuk selamanya...demi zuriat dia sanggup berkorban diri...betapa sucinya hatimu...hanya Allah sahaja dapat membalas segala pengorbananmu itu sahabatku....semoga kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..al Fatihah untuk sahabatku ...

# aku dapat rasa apa yang di rasakan arwah..jerit perih berusaha untuk zuriat yang didambakan...tekanan demi tekanan yang menjelma..tapi sedarlah ia takkan mampu mematahkan semangat kami untuk memperolehi zuriat sepertimana pasangan lain... kabulkanlah ya Allah..jadikanlah aku tabah dan sabar dengan ujian Mu ini...






Tuesday, January 22, 2013

AkU SuDah TuA..


Assalammualaikum..

selamat pagi diariku...alhamdulillah pejam celik..dh  28 tahun aku hidup di dunia ni..syukur pada Mu ya Allah yang memberikan segala nikmat kesempurnaan yang tidak terkira selama mana aku berpijak di dunia Mu..

Aku menerima sms dari student lame ku.. Ain dan Jenyfer..mereka adalah antara yang tak lupa wish besday ku seawal 12.05 pg.. 21.1.2013..ingat gak kt 'madam' yg garang nie..thank u =)tak lupa juga dari famili ku di kampung..tiba di kolej di awal pg tu ucapan dari kawan-kawan sepejabatku..dan masuk ke kelas...student intake jun 12 buat suprise..tulis di whiteboard besar-besar!..ucapan selamat untukku!..dan bila keluar kelas pula..kat kereta aku...beberapa nota besday telah diselitkan di sebalik wiper kereta ku..haha.terharu juga dgn apa yang mereka buat tu..

TAPI...ada orang tu tak wish langsung ( -_ -,) ..mungkin dia sibuk dengan kerja..ahh..pedulikan segala perasaan negatif tu..sebabnya dia dh banyak berkorban untukku..my hubby =)..waktu pagi telah melabuhkan tirainya..balik dari kerja hubby cakap..aku pelik sebabnya duk diam seribu bahasa..walau dia cuba untuk bergurau..aku buat-buat tak tahu..yer,,kucewe.. dan bila nk masuk tidur baru aku berterus terang padanya..sambil berjuraian air mata ku..(haha..mengada-ngada sangat!)..dia terkejut...dan terus menarik tanganku sehingga ke pelukkannya..dan meminta maaf dariku di atas keterlupannya itu..wa..wa..(takpe..dia banyak dah berkorban untukku...)..aku terkedu waktu itu..dia nampak begitu serba salah..

pagi 22.1.13 berjalan seperti biasa.. dan ada kejutan dari jabatanku.. meraikan bersama kek sweeden yang dibeli...kek coklat plak tu..(my favouriteee)..thanks a lot..saya sayang kamu semua!..tepat kul 5pm balik rumah..tunggu cik abe tak sampai-sampai ..kerisauan mula melanda..nak pukul 7pm la kot...risau!.tepat pukul 7.15pm baru cik abe sampai..rupanya menyinggah di pasar..ikan merah dan ikan caru yang dibeli terus ku sambut di muka pintu..ku cium tangannya yang kesejukkan petang itu disebabkan hujan..(kesian abang..) TIBA-TIBA..semek..semek (semek tu panggilan manjaku..haha) jom makan nie..ke depan.Ku lihat ade SATAY dan otak-otak..(oh my favouriteee)..suka!..pastu cik abe meluru ke arahku sambil membawa satu beg..FAMOUS AMOS (eh..bukan kah itu coklat..) HEPI BESDAY....hehe..dalam beg ade sekotak coklat TIRAMISU dan sejambak bunga coklat FERERO ROCHEE...terus terkedu dan terharu..terima kasih abang...sayang abang..( ^ _ ^)..

Alhamdulillah di atas segala kurniaan kebahagiaan ini..ada hikmah di sebalik apa  yang dilambatkan oleh Allah..rupanya Dia telah memberi satu nikmat lain yang mana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita pada waktu ini...alhamdulillah..ku syukuri nikmat Mu...




the end.....




Amsyar...wait for mak long..meet u on this coming March..in shaa Allah.hehe

Saturday, January 19, 2013

Setahun nan Indah


Assalammualaikum..2013 telah muncul!

Syukur alhamdulillah..sudah setahun aku dan dia menjalani hidup bersama di bumi 'penyu' nie.. terasa damai dan tenang di hati..doaku telah dimakbulkannya..syukur ya Allah..

Pada masa itu juga kami menambah ahli kuarga baru..opss, bukan aku..tapi adikku ..nama diberi MUHAMMAD AMSYAR FIRAS BIN MOHD KHAIRUL ANUAR.lahir pada 3 Januari 2013 (twin ayah)..comel sangat..tp sampai sekarang tak berpeluang lagi nak bertemu dengan si kecik tu..mudah-mudahan tahun baru ini juga aku dapat merasai menjadi seorang ibu (makbulkanlah permintaan hamba Mu ini ya Allah) Allah knows our turn..dan pada masa yang sama juga berita gembira dari kawan sejabatanku..sekarang tengah pening-pening dan loya-loya..moga berjangkit dengan jiran sebelah plak pas ni hehe...(amin)

Permulaan tahun baru ini berbagai azam ditanam..moga ia bercambah menjadi impian yang diidamkan..
Semoga perjalanan hidupku pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya..redha di atas setiap  qada dan qadar Nya..menerima nikmatnya..mensyukuri kurniaan Nya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...