Entri throwback...
23 April 2014
sampai lewat di labuan, fligh delay .. check in Hotel Pantai View pada jam 6.54petang . jalan-jalan dulu di sekitar hotel sementara tunggu bilik disiapkan. dapat rembat satu kain.murah memang berbaloi, sebab kat sini bebas cukai. jam 9.00 mlm, bilik baru siap... tengok2 pemandangan sekitar dari atas bilik, terus tertidur kepenatan.
24 April 2014
Breakfast roti canai di mamak stall berhampiran hotel. selepas itu terus ke Terminal feri Labuan untuk ke Brunei. Cek pasport then juat naik feri lebih kurang 2jam 15 minit sampai.
Di Brunei
sewa 1 teksi dapat harga 120 dolar Brunei untuk jalan-lan sekitar bandar Brunei. melawat Masjid Sultanah Bolkiah, dimana kubahnya dibuat daripada emas. ke jetinya ada tugu lambang negara Brunei. ke Utama Mall makan-makan di food court.murah makanan kat sini. rembat cenderahati di sini, 3 pasang kain ela. beli lagi cenderahati di Star shop , pak cik teksi kata kedai ni jual barang murah sikit dari kedai-kedai yang lain. rembat sticker , bendera Brunei dan Piring gambar. tak lama ..petang tu balik, balik jam 4.30petang, rase itu adalah feri terakhir ke Labuan.
Di Labuan
beli coklat di terminal feri, harga murah-murah, tapi harga coklat di Langkawi lagi murah tau. 6.30 petang di sini macam pukul 8.00 malam, makan dinner dulu sebelum balik hotel. Pekena udang galah masak cili padi, ikan kerapu bakar dan sayur kobis goreng. Harga memang murah. sedap dan fresh rasanya.. hmm teringat-teringat rasanya..
25 April 2014
naik feri ke menumbok, Sabah lebih kurang 15 minit naik speed boat. rasa nak tercabut badan-badan. loya pun ada.takpe janji sampai cepat. sampai je makan breakfast di jeti. naik van, merangkap teksi ke pekan Beaufort. jalan-jalan sekitar pekan. makan tengah hari terus balik, sebab badan rasa tak sedap. aduh.. . check out dari hotel Pantai View, jam 3.00 petang.
terus ke hotel Tiara Labuan.. betul-betul berhampiran pantai Labuan. amat-amat selesa. biliknya besar dan lapang, boleh main kejar-kejar. ada bath tab, shower form dan seangkatan dengannya termasuk juga hair dryer. malam pergi ke Kompleks Ujana Kewangan, jalan-jalan dan beli makanan. beli lagi cenderahati di sini. kali ni untuk kawan-kawan sehospital dengan hubby punya.
26 April 2014
check out dari hotel.
sebelum balik sempat berlibur di tepi pantai berhadapan dengan hotel. keadaan air disana tak berapa bersih, berminyak dan bau tidak menyenangkan. sebabnya banyak kapal-kapal besar di pantainya. memangla banyak minyak ini pantai..oh pencemaran!
12.45 tengah hari naik flight balik ke KL transit ke Kuala Terengganu.
komen pasal hotel:
Hotel Pantai View : very Bad service! (sebab saya ambil sebab dekat dengan terminal feri)
Hotel Tiara Labuan : TIP TOP service! (sebab saya ambil sebab dekat dengan airport)
layan gambar jom..
Terminal Feri Antarabangsa Labuan |
Masa untuk berlepas ke Brunei |
Masjid berkubah emas |
berdua di depan masjid |
Dapat bawa balik sikit cenderahati ok la |
Makan-makan |
nak check in bilik |
swimming pool berdepan dengan bilik kami |
Tiara Labuan Hotel yang best! |
Kenangan di sana..till meet again!! salam |